000000
X
DUNIA
Pengurus Google Letak Jawatan Selepas Kritik Perjanjian Dengan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
1 September 2022 | 2.01 PM
AMERIKA SYARIKAT - Seorang pengurus Google di Amerika Syarikat (AS) telah meletak jawatan ekoran  apa yang disifatkannya sebagai tindakan balas, terhadap suasana permusuhan dan tindakan menyalahi undang-undang oleh syarikat itu bagi menyatakan sokongannya terhadap surat daripada pekerja Google dan Amazon yang membantah kerjasama bernilai 1.2 bilion dollar Amerika antara syarikat itu dengan Israel pada program yang dipanggil Projek Nimbus. 

Projek itu memudahkan aktivit pengawasan rakyat Palestin dan membantu mengembangkan petempatan Israel, yang semuanya adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa.

Pengurus pemasaran untuk produk pendidikan Google, Ariel Koren, berkata bahawa dia terpaksa meninggalkan pekerjaannya di enjin carian utama itu kerana tingkah laku bermusuhan syarikat terhadapnya selepas dia menolak kontrak dengan kerajaan Israel sebanyak 1 billion dollar Amerika. Koren, 28, menjelaskan bahawa pengurus barisannya memberinya kata dua sama ada berpindah ke Brazil atau kehilangan pekerjaan. Dalam ciapan di laman twitternya beliau nyatakan bahawa dia telah bekerja dengan Google selama lebih tujuh tahun.

"Daripada mendengar pekerja yang mahu Google mematuhi prinsip etikanya, Google secara agresif mengejar kontrak ketenteraan dan melucutkan suara pekerjanya melalui cara mendiamkan dan melakukan tindakan balas terhadap saya dan ramai yang lain," tweet Koren. 

Beliau menyeru pekerja Amazon dan Google untuk membaca tentang Projek Nimbus, dan menggesa pekerja di kedua-dua syarikat untuk menentangnya.

Dalam pada itu, seorang jurucakap Google berkata kepada New York Times: "Kami melarang tindakan balas di tempat kerja dan berkongsi dasar kami yang sangat jelas secara terbuka." "Kami menyiasat dengan teliti dakwaan pekerja ini, seperti yang kami lakukan apabila sebarang kebimbangan dibangkitkan," tambahnya.

Jurucakap itu menyatakan bahawa syarikat itu berbangga kerana telah dipilih oleh kerajaan Israel untuk menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan awam untuk membantu mengubah negara mereka secara digital.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,646,240
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....