000000
X
DUNIA
Qatar masih berpendirian tegas, enggan iktiraf Israel
Oleh: Nadhratul Hana’ Binti Mohd Soberi
12 November 2022 | 8.30 malam
QATAR - Kerajaan Qatar masih tegas menyatakan keengganan mereka untuk menyokong sebarang normalisasi bersama Israel kerana perkara itu terkait dengan isu Palestin.

Memetik kenyataan seorang pegawai Qatar melalui agensi berita Perancis pada Khamis, 10 November 2022, sebagai berkata: “Pendirian Qatar mengenai normalisasi tidak akan berubah kerana isu ini berkait rapat dengan isu Palestin, termasuk penyelesaian dua negara mengikut resolusi Majlis Keselamatan dan Inisiatif Keamanan Arab.”
Pegawai itu turut berkata kerajaan Qatar tidak melihat apa-apa keuntungan kepada dasar mereka jika memutuskan untuk berdamai dengan Israel. Dalam pada itu, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kata setuju berhubung operasi sementara penerbangan sewa terus antara Tel Aviv dan Doha oleh syarikat penerbangan yang mempunyai hak pra-pendaftaran di Qatar untuk tempoh Piala Dunia 2022.

Presiden Piala FIFA, Gianni Infantino menyatakan bahawa perjanjian itu membenarkan peminat bola dari Palestin dan Israel untuk melawat Qatar dan menghadiri perlawanan.

Beliau menambah bahawa pengumuman itu mengesahkan komitmen pihak FIFA untuk menghormati dasar dan permintaan penganjur FIFA tahun ini (Qatar), termasuk hak dalam membenarkan pelawat untuk menghadiri perlawanan.

Mengenai kebenaran ini, pegawai Qatar menyatakan bahawa sejak Qatar menjadi tuan rumah untuk Piala Dunia 2022, mereka sentiasa memastikan pemegang tiket akan dapat menghadiri perlawanan di sana. Beliau turut menekankan bahawa pihak Qatar telah memeterai perjanjian bersama FIFA untuk memastikan rakyat Palestin dapat menikmati Piala Dunia pertama di dunia Arab dan Islam.

Pegawai Qatar itu juga menegaskan perjanjian ini akan kekal berterusan selagi mana Israel tidak meluaskan kuasanya di wilayah Palestin, sama ada di Baitul Maqdis, Gaza atau Tebing Barat.

Susulan itu, Piala Dunia edisi ke-22 akan bermula pada 20 November ini di Qatar, dengan perlawanan pembukaan antara Qatar dan Ecuador, dan perlawanan ini akan diteruskan sehingga 18 Disember 2022.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,646,194
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....