000000
X
DUNIA
Turki Normalisasikan Hubungan Dengan Israel Atas Alasan Bantu Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
19 Ogos 2022 | 12.38 PM
TURKI - Israel dan Turki tidak lama lagi akan melantik semula duta ke negara masing-masing dan memulihkan hubungan diplomatik mereka secara penuh, kata pejabat Perdana Menteri Israel Yair Lapid pada hari Rabu.

Hubungan antara kedua-dua negara mula renggang pada 2018 selepas tentera Israel membunuh kira-kira 60 rakyat Palestin semasa protes yang dilakukan di sempadan Gaza.

Ankara, pada masa itu, mengutuk layanan keras Israel terhadap penunjuk perasaan aman.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat perdana menteri, selepas perbincangan antara Lapid dan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, berkata:

“Diputuskan untuk sekali lagi meningkatkan tahap hubungan antara kedua-dua negara kepada hubungan diplomatik penuh dan mengembalikan duta dan konsul jeneral.”

Normalisasi akan, antara lain, membantu "menguatkan kestabilan serantau," tambah kenyataan itu.

Perdana Menteri Israel Lapid juga dipetik sebagai menyifatkan langkah itu sebagai "berita ekonomi penting untuk rakyat Israel."

Dengan normalisasi hubungan telah berada dalam perancangan untuk beberapa waktu, Presiden Erdogan sebelum ini menyatakan bahawa memulihkan hubungan dengan Israel akan membolehkan Ankara untuk "membantu saudara Palestin kita."

Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu memberitahu akhbar di Ankara bahawa kementeriannya sudah mencari calon yang sesuai untuk menjadi duta negara itu ke Israel.

Selepas lawatan ke Turki oleh Presiden Israel Isaac Herzog pada Mac dan lawatan seterusnya oleh menteri luar, Israel mengumumkan pembukaan semula pejabat perdagangannya di Istanbul. Kedua-dua negara juga telah menandatangani perjanjian penerbangan, yang membenarkan syarikat penerbangan Israel terbang ke Turki.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Israel telah melakukan usaha bersepadu untuk menormalisasikan hubungan tradisionalnya yang tegang dengan beberapa negara Islam.

Tahun 2020 menyaksikan pemeteraian apa yang dipanggil sebagai Perjanjian Abraham antara Israel dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Perjanjian serupa dilakukan antara Israel, Bahrain, dan Maghribi diikuti tidak lama selepas itu.

Pada tahun yang sama, Turki juga memulakan percubaannya untuk menormalisasikan hubungan dengan kuasa serantau lain, seperti Mesir, UAE, dan Arab Saudi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,646,538
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....