000000
X
DUNIA
Rakyat Iraq Membuat Demonstrasi Tanda Sokongan Kepada Kerajaan yang Mengusir Kedutaan Sweden
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
22 Julai 2023 | 11.00 tengahari
BAGHDAD, IRAQ - Rakyat Iraq telah mengadakan demonstrasi di Dataran Tahrir, Baghdad sebagai tanda sokongan pada pihak kerajaan yang mengusir duta Sweden di perkarangan kedutaan Sweden pada Khamis lalu, berikutan isu pihak kerajaan Sweden memberi kebenaran untuk membakar Al-Quran dan bendera Iraq.

Ketua gerakan Sadris, Muqtada Al-Sadr menegaskan semasa sidang media di Najaf mengatakan bahawa kemungkinan demonstasi dan tunjuk perasaan akan berlaku lagi jika insiden pembakaran Al-Quran berulang.

Kerajaan Iraq juga telah memaklumkan akan memutuskan hubungan diplomatik diantara Negara Sweden dan Iraq jika insiden pembakaran Al-Quran terus berulang dan belum selesai. Kenyataan itu diterima oleh pihak kerajaan Sweden dan menyetujui perkara tersebut atas dasar kebebasan hak bersuara. Pihak Sweden juga turut menerima kecaman dari Negara-negara Arab dan Negara-negara Islam.

Perdana Menteri Iraq, Muhammad Shia' al-Sudani, memutuskan untuk menarik balik kuasa urusan Iraq ke Sweden, dan seorang pegawai di pejabat Perdana Menteri Iraq mengesahkan kepada Al-Jazeera bahawa Baghdad telah memutuskan untuk mengusir duta Sweden selepas beberapa jam penunjuk perasaan menyerbu kedutaan Sweden di Baghdad.

Jurucakap kerajaan Iraq bagi pihak Al-Awadi, menegaskan bahawa sesiapa sahaja harus dihalang daripada membakar Al-Quran dengan alasan tidak menyukai kitab suci tersebut. Perbuatan tersebut telah menganggu sensitiviti dan menjejaskan kestabilan serta keamanan negara Iraq.

MENJAGA HAK HUBUNGAN DIPLOMATIK
Mengulas lanjut berkaitan penyerbuan kedutaan Sweden di Baghdad, jurucakap pihak kerajaan berkata bahawa apa yang berlaku adalah pelanggaran keselamatan, dan bahawa kerajaan Iraq telah membangunkan strategi baru untuk melindungi semua misi diplomatik.

Pejabat Perdana Menteri Iraq berkata bahawa mereka akan bertanggungjawab dan membuat siasatan tentang insiden tersebut.

Agensi Berita Iraq menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Media menggantung lesen syarikat Sweden Ericsson untuk komunikasi di wilayah Iraq, sebagai tindak balas kepada kebenaran Stockholm untuk membakar al-Quran dan bendera Iraq.

MENGHANTAR MEMORANDUM KEPADA LIGA ARAB
Agensi Berita Iraq menyatakan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Media menggantung lesen syarikat Sweden Ericsson untuk komunikasi di wilayah Iraq, sebagai tindak balas kepada kebenaran Stockholm untuk membakar al-Quran dan bendera Iraq.

Jurucakap kementerian, Ahmed Al-Sahaf menambah, Menteri Luar Iraq, Fuad Hussein mengarahkan untuk menghantar memorandum kepada Liga Arab berhubung perkembangan dalam insiden menghina al-Quran.

KERAJAAN SWEDEN MENDAPAT SOKONGAN DARI PBB DAN NEGARA-NEGARA BARAT
Jabatan Negara Amerika Syarikat mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas kedutaan Sweden di Baghdad, dan kementerian berkata bahawa kegagalan pasukan keselamatan Iraq menghalang penunjuk perasaan daripada menembusi perkarangan kedutaan Sweden untuk kali kedua adalah tidak boleh diterima.

Beliau menambah bahawa perkara ini tidak seharusnya menjadi sasaran keganasan dan menyeru kerajaan Iraq untuk memenuhi kewajipan antarabangsa untuk melindungi semua misi diplomatik.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Iraq mengecam serangan ke atas kedutaan Sweden, dan menyatakan dalam ciapannya bahawa hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi, namun harus menjaga keselamatan dan keamanan semua pihak.

Kesatuan Eropah juga mengecam serangan ke atas kedutaan Sweden di Iraq, dan menyatakan harapannya agar hubungan antara Iraq dan Sweden akan kembali normal dengan cepat.

Menafikan kenyataan tersebut, Kementerian Luar Negeri Iran berkata bahawa Teheran telah memanggil duta Sweden ke negara itu untuk memprotes penghinaan terhadap Al-Quran, dan jurucakap kementerian itu, Nasser Kanaani, menyatakan bahawa Sweden bertanggungjawab atas kesan yang memprovokasi perasaan umat Islam di seluruh dunia.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,646,188
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....