000000
X
PALESTIN
Rantaian kebuluran di Gaza yang membawa kepada kematian
Oleh: Miftahul Khair
12 Jun 2025 | 2.00 petang
Catatan kebuluran di Gaza, Palestin bukan bermula pada 7 Oktober 2023 tetapi ia dicatat sejak berlakunya Nakbah Palestin pada 15 Mei 1948 yang menceritakan detik hitam rakyat Palestin yang diusir daripada tanah mereka sendiri oleh Zionis Yahudi Israel. Kaum yahudi di Palestin sebelum ini memasuki Palestin sebagai sekumpulan pelarian melalui surat yang ditulis oleh Kerajaan British kepada Lord Rothschild untuk menyediakan ‘rumah rasmi untuk orang yahudi’ iaitu Deklarasi Balfour.

Akibat daripada penjajahan, pelanggaran undang-undang dan kezaliman Zionis Israel ke atas rakyat Palestin, kini saudara kita berhadapan dengan satu cabaran besar dalam kitaran kehidupan penduduk di Palestin iaitu kebuluran melampau.

LAPORAN ANGKA KEBULURAN DAN JANGKAAN 5 BULAN AKAN DATANG

Mengambil kajian daripada situasi yang berlaku di Gaza ketika ini, catatan kebuluran melampau melebihi 22 peratus dan ia merupakan angka yang amat membimbangkan. Satu kajian dilakukan Integrated Food Security Phase Classification (IPC)  selama 60 hari selepas berakhirnya gencatan senjata sementara mencatatkan angka kebuluran melampau fasa 5 (paling teruk) seramai 244,000 orang diikuti angka 925,000 juta orang yang mengalami kebuluran fasa 4 (teruk), 775,000 orang mengalami kebuluran fasa 3 (pertengahan) dan 156,000 orang di fasa 2.
Jangkaan kebuluran di Gaza bermula bulan Mei sehingga September 2025 akan mencapai angka kebuluran melampau fasa 5 (paling teruk) seramai 469,500 orang diikuti angka 1,135,000 juta orang yang mengalami kebuluran fasa 4 (teruk) dan 495,500 orang mengalami kebuluran fasa 3 (pertengahan). Tiada lagi jumlah kebuluran di fasa 2.

Laporan yang dikeluarkan IPC menggambarkan bahawa peperangan yang berlarutan dan sekatan yang dilakukan ke atas Gaza akan membawa lebih banyak lagi ancaman kebuluran melampau dan akhirnya membawa kepada kematian secara perlahan dan sedikit demi sedikit.

KEMATIAN AKIBAT KEBULURAN

Sejak sekatan bekalan makanan yang dilakukan oleh Israel laknatullah ke atas Gaza pada 2 Mac 2025, Pertubuhan Kesihatan Antarabangsa (WHO) melaporkan daripada sumber Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 57 kanak-kanak di Gaza meninggal dunia akibat daripada malnutrisi dan dijangka angka ini akan terus meningkat.

IPC turut memaklumkan jika keadaan ini berterusan, hampir 71,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dijangka akan mengalami malnutrisi yang teruk dalam sebelas bulan akan datang.

MEMBUKA SEMULA SEKATAN KE ATAS GAZA

Penyelesaian utama bagi mengurangkan kebuluran di Gaza adalah dengan mengakhiri peperangan, membatalkan sebarang sekatan di sempadan Gaza dan membenarkan lori-lori bantuan memasuki Gaza. Turut perlu diberikan peningkatan adalah tenaga perubatan, sumber bekalan perubatan, alat-alat bantu untuk mereka yang kurang upaya supaya mangsa yang cacat akibat serangan dapat bergerak dengan lebih baik.

Bekalan makanan asas juga menjadi faktor utama bagi mengeluarkan rakyat Gaza daripada belenggu kebuluran melampau dan memperbaiki sedikit demi sedikit struktur kitaran hidup rakyat Gaza yang ketika ini sudah berada dalam tahap malapetaka terbesar.

Turut menjadi keutamaan adalah memperbaiki semula sistem internet dan rangkaian atas talian yang membolehkan seluruh Masyarakat terutamanya pasukan pertahanan awam, doktor, para petugas Kesihatan dan pasukan penyelamat melaksanakan kerja mereka mencari, menyelamatkan dan merawat mangsa-mangsa perang.

Terbaru, kita mendengar di utara Gaza, bekalan elektrik dan rangkaian internet telah terputus. Mereka yang berada di utara Gaza tidak lagi dapat memberikan maklumat terkini keadaan di sana dan mereka ibarat zon merah yang dijangka menjadi tempat hujan peluru berpandu oleh Israel laknatullah. Semoga kekuatan diberikan untuk rakyat Gaza dan kemenangan segera buat mereka.

Sumber: The Integrated Food Security Phase Classification (IPC), World Health Organization (WHO), Al Jazeera
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,875,049
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....