000000
X
PALESTIN
Syria kembali bebas, rakyat bersorak atas kejatuhan Rejim Assad
Oleh: Aman Palestin
10 Disember 2024 | 11.00 pagi
BANGI - Syria kini sudah mengecapi kebebasan daripada cengkaman pemerintahan Rejim Bashar Al-Assad yang selama ini memerintah secara diktator dan melakukan pembunuhan ke atas rakyat yang tidak bersalah. Rakyat Syria membanjiri jalan dan ruang berkumpul dan bersorak gembira apabila mengetahui bahawa Damsyik berjaya dikawal oleh kumpulan anti-rejim.

Bashar Al-Assad melarikan diri ke Rusia dan tindakan itu sekali gus menjadikan kerajaan yang ditadbir oleh Rejim Assad sejak Hafeez Al-Assad pada 1963 tumbang. Serangan dan pengambil alihan kurang daripada dua minggu mencerminkan pemerintahan dan pertahanan Rejim Assad yang rapuh dan mudah dipatahkan.

Warga Syria yang ditahan di dalam penjara Sednaya di Damsyik turut dibebaskan dan ia merupakan kegembiraan buat penduduk Syria. Mereka yang ditahan di penjara tersebut telah mengalami siri penderaan yang kejam dan ada juga yang dibunuh semasa berada di dalam tahanan.

Kini, Syria berhadapan dengan cabaran untuk membangunkan semula Syria dengan suasana yang harmoni dan ancaman negara haram Isr4el yang sudah mula melakukan serangan ke atas daerah di Syria.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,722,699
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....