000000
X
PALESTIN
Kesyahidan Rabab Pemergian Yang Ditangisi Rakyat Gaza
Oleh: Zulikha Ali
8 Februari 2024 | 3.30 Petang

Berita kesyahidan Kakitangan Aman Palestin Cawangan Gaza, Rabab Zuhair Al Masri yang diterima pada hari ini sangat memilukan hati seluruh warga kerja Aman Palestin.

Sebagai mantan Pengurus Jabatan Kafalah Aman Palestin yang banyak berkomunikasi dengan beliau, saya amat merasai kehilangan beliau. Apatah lagi berita kesyahidan beliau saya terima kurang dari 3 jam selepas saya bertanya khabar beliau melalui telegram .Rabab merupakan staf Aman Palestin yang sangat aktif, dedikasi dan amanah dalam menguruskan sumbangan rakyat Malaysia & Indonesia kepada anak yatim, keluarga miskin serta ibu tunggal di Gaza dan Tebing Barat. 

Bukan satu tugas mudah bagi Rabab bersama CEO Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Seyam dan pasukan Aman Palestin Gaza untuk menggalas amanah menguruskan seramai 2,415 orang anak Yatim di Gaza dan 413 anak Yatim di Tebing Barat, menyantuni 302 Keluarga Miskin dan 909 keluarga ibu tunggal. 

Selain daripada sumbangan wang ringgit, Rabab akan sentiasa memastikan setiap kiriman dari penaja yang berbentuk surat menyurat atau berupa hadiah yang perlu dibeli sampai kepada tajaan. Kekangan yang mereka hadapi di Gaza tidak pernah menjadi keluhan atau alasan untuk mereka terus berbakti menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan. 

Sebelum berlakunya peperangan, beliau dan pasukan Aman Palestin sedang sibuk turun ke lapangan untuk mendapatkan laporan perkembangan terkini tajaan anak yatim, keluarga miskin dan ibu tunggal. Namun usaha mereka terhenti disebabkan serangan Zionis ke atas Gaza. 

Rabab juga merupakan saksi kepada kecemerlangan & kesungguhan anak yatim Palestin dalam menuntut ilmu. Melalui laporan perkembangan pendidikan yang diterima, anak-anak yatim ini memperolehi keputusan peperiksaan yang sangat membanggakan. Setiap kekurangan dan situasi sukar yang mereka hadapi tidak menghalang mereka untuk belajar. Sumbangan dari setiap  penaja selama ini merupakan satu motivasi kepada mereka untuk terus berusaha memperolehi pendidikan yang tertinggi agar dengan kepakaran mereka nanti dapat membina semula tanahair  tercinta. Tidak kurang juga anak-anak Palestin yang menghafal Al-Quran.

Kehilangan Rabab bukan sahaja dirasai oleh keluarga beliau, malah seluruh warga Aman Palestin dan rakyat Gaza keseluruhannya. Kecekalan dan kekuatan semangat juang beliau serta warga kerja Aman Palestin di Gaza mempertahankan Palestin harus kekal dalam jiwa kita semua sebagai rakyat Malaysia. 

Kesyahidan Rabab tidak sesekali mematahkan semangat kami warga Aman Palestin untuk terus bertungkus lumus walau apa cara sekalipun untuk mencari dana demi membantu saudara di Palestin. 

Kami juga berharap agar pihak SPRM segera menyahbekukan akaun Aman Palestin memandangkan semakin ramai rakyat Palestin yang syahid dan bantuan yang sampai tidak diperolehi sepenuhnya di kala mereka berhadapan dengan musim sejuk & ketibaan Ramadan.

Saya dan warga Aman Palestin ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus menyokong perjuangan rakyat Palestin melalui doa yang berterusan serta apa sahaja bentuk sumbangan yang mampu diberikan.

PUAN ZULIKHA ALI
Mantan Pengurus Jom Taja (Kafalah)
Aman Palestin Berhad

Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,914
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....