000000
X
PALESTIN
Jumlah Syuhada’ Gaza Meningkat 13,000 Lebih
Oleh: Abdur Rahman Raji
20 November 2023 | 7.20 petang
Pejabat Media Gaza melaporkan jumlah syuhada akibat serangan berterusan rejim Israel ke atas Gaza pada hari yang ke-44 berturut-turut, telah meningkat kepada 13,000 orang, termasuk 5,500 kanak-kanak, 3,500 wanita, 201 tenaga perubatan termasuk doktor, jururawat, serta 22 anggota pertahanan awam. 

Seorang wartawan terakhir yang terkorban adalah Al-Syahid Bilal Jadallah, yang juga merupakan Ketua Yayasan Bait Al-Sihafah. Pejabat Media Gaza turut menyatakan melalui sidang media bahawa bilangan serangan bom oleh tentera rejim penjajah Israel telah mencecah lebih daripada 1,330 serangan, mengakibatkan 30,000 kecederaan dalam kalangan rakyat Gaza, 75% di antaranya adalah wanita dan kanak-kanak. Juga, terdapat kira-kira 6,000 orang yang hilang, termasuk 4,000 kanak-kanak dan wanita yang masih di bawah runtuhan atau sebagai mayat yang masih belum sempat dikesan.

Dalam konteks serangan tentera rejim Israel ke arah institusi perubatan, Pejabat Media Gaza melaporkan bahawa 25 hospital dan 52 pusat kesihatan telah dilumpuhkan, 55 ambulans telah diserang, dengan puluhan ambulans terpaksa dihentikan perkhidmatan atas faktor kehabisan bahan api. Jumlah bangunan kerajaan yang hancur adalah 97, manakala 262 sekolah turut hancur, termasuk 65 sekolah yang telah terpaksa dihentikan perkhidmatannya. Tempat-tempat ibadah juga tidak terkecuali, dengan 83 masjid musnah sepenuhnya dan 166 masjid mengalami kerosakan separa, serta tiga gereja turut diserang. 

Pejabat Media Gaza menyalahkan sepenuhnya ke atas perlakuan jenayah tentera rejim Israel terhadap Gaza. Mereka menyeru negara-negara di seluruh dunia untuk mendesak menghentikan perang dan jenayah ini, serta menuntut Israel dan masyarakat antarabangsa untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pencerobohan dan penghancuran Pusat Perubatan Al-Shifa, yang kini telah dijadikan kem ketenteraan dan pusat penyiasatan dan pembunuhan, serta diubah menjadi kubur beramai-ramai. Mereka meminta komuniti antarabangsa untuk membebaskan Pusat Perubatan Al-Shifa’ daripada tentera rejim Israel dan membolehkan semula hospital-hospital ini kembali beroperasi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,722,756
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....