000000
X
PALESTIN
Al-Qassam Berjaya Bunuh 6 Askar Israel Dari Jarak Dekat
Oleh: Abdur Rahman Raji
19 November 2023 | 8.30 malam
Briged al-Qassam mengumumkan bahawa mereka telah membunuh 6 askar rejim Israel dari jarak dekat di kawasan Juhr al-Deek, di selatan timur bandar Gaza. Dalam kenyataan briged mujahidin tersebut melalui platform Telegram ; 

"Mujahidin al-Qassam telah menembak 6 askar Zionis dari jarak sifar, di kawasan Juhr al-Deek, selepas mereka diserang dengan peluru berpandu anti-personel, dan diserbu dengan senjata automatik." 

Selain itu Briged Al-Qassam turut berjaya menembak pasukan rejim Zionis yang sedang berjalan kaki serta meletupkan bom terhadap tentera penjajah di selatan barat daya Gaza. Serangan tersebut telah menghancurkan 17 kenderaan Zionis sepenuhnya atau sebahagiannya di semua kawasan yang telah dicerobohi oleh rejim penjajah dalam wilayah Gaza. 

Siri kekejaman rejim Israel kini telah memasuki hari-44, hingga menyebabkan lebih 12,300 Palestin terkorban, termasuk 5,000 kanak-kanak dan 3,300 wanita, serta lebih daripada 30,000 cedera, dengan 75 peratus daripadanya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Sementara itu, terdapat seruan untuk membuka siasatan antarabangsa terhadap serangan Israel, dan desakan segera bagi menghentikan kekejaman pihak rejim Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,722,656
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....