000000
X
PALESTIN
Konvoi Bantuan Dari Laluan Rafah Masih Belum Mencukupi
Oleh: Abdur Rahman Raji
21 Oktober 2023 | 8.45 malam
Ketua Jabatan Penerangan Kerajaan Gaza, Salamah Ma'ruf, berkata konvoi bantuan yang memasuki Gaza melalui sempadan Rafah pada hari ini adalah semata-mata satu titik dalam lautan keperluan yang krisis. Beliau menambah bahawa bantuan tersebut, jika tidak mengikut keperluan sebenar yang sangat besar, maka bantuan-bantuan tersebut tidak berguna dan tidak bernilai. Ma’aruf turut menegaskan bahawa terdapat kekurangan yang ketara dalam bekalan bahan api yang merupakan keperluan utama hospital, stesen penapisan air, dan kemudahan-kemudahan penting.

Beliau juga menyatakan bahawa konvoi bantuan yang tiba hari ini terdiri daripada 20 buah trak, termasuk trak air, makanan tin, dan beberapa trak ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan, yang jauh dari kadar kebiasaan keperluan asas Gaza sebelum ini, di mana lebih daripada 500 trak membawa pelbagai keperluan masuk ke dalam Gaza setiap hari.

Salamah Ma'ruf juga mengesahkan sempadan Rafah sebagai laluan yang selamat untuk membawa masuk keperluan asas dan akan menyelamatkan situasi kemanusiaan yang sedang mengancam Gaza, dan segera menampung keutamaan-keutamaan yang ditetapkan oleh agensi perkhidmatan dalam sektor tersebut, termasuk bahan api yang diperlukan untuk operasi-operasi penting.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,787,141
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....