000000
X
PALESTIN
Hamas Hubungi Rusia Ekoran Serangan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
8 Ogos 2022 | 1.25 PM
PALESTIN - Ketua Biro Politik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Ismail Haniyeh telah menelefon Timbalan Menteri Luar Rusia dan Wakil Khas Presiden Rusia untuk Timur Tengah dan Afrika, Mikhail Bogdanov, bagi membincangkan serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

Dalam panggilan telefon itu, pegawai tertinggi Hamas tersebut menggesa agar segera menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dan pencabulan Masjid Al-Aqsa.

Menyedari bahawa rakyat Palestin berjuang menghadapi pencerobohan Israel dengan penuh kesungguhan, Haniyeh memberi taklimat kepada Bogdanov mengenai jenayah Israel yang dilakukan terhadap orang awam Palestin.

Rejim Israel telah melakukan serangan terhadap Semenanjung Gaza selama tiga hari dan satu gencatan senjata telah berkuat kuasa lewat Ahad jam 11.30 malam waktu tempatan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 16,863,104
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....