000000
X
SYRIA
WFP: Lebih Separuh Penduduk Syria Sedang Kelaparan
Oleh: Rusydan Yusup
16 Mac 2023 | 1.51 tengahari
Lebih separuh daripada penduduk Syria sedang kelaparan ketika negara yang dilanda perang dan berpecah belah itu terus menangani perang saudara selama 12 tahun yang berterusan dan gempa bumi baru-baru ini, umum Program Makanan Sedunia (WFP).

Menurut laporan yang diterbitkan oleh WFP, kira-kira 12.1 juta rakyat Syria mengalami masalah kekurangan makanan, manakala hampir tiga juta lagi berisiko mengalami kelaparan.

Jumlah itu hampir dua kali ganda jumlah orang yang tidak terjamin makanan di Syria pada 2018, membuktikan kemerosotan  mendadak dalam keadaan kebanyakan penduduk Syria.

Agensi itu juga menyatakan peningkatan kekurangan zat makanan dalam negara, memetik data terkini, menunjukkan bahawa 28 peratus kanak-kanak terbantut dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka, kesan daripada keadaan tersebut.

Pengarah Negara WFP di Syria, Kenn Crossley, menyatakan bahawa rakyat Syria telah mengalami "pengeboman, perpindahan, pengasingan, kemarau, kegawatan ekonomi dan, sekarang, gempa bumi dengan kadar yang mengejutkan. Rakyat Syria sangat berdaya tahan tetapi terlalu banyak yang perlu ditanggung oleh mereka." Beliau bertanya, "Pada titik manakah dunia berkata 'cukup'?"

Dalam negara di mana purata gaji bulanan dilaporkan pada masa ini hanya menampung kira-kira satu perempat daripada keperluan makanan keluarga, sebahagian besar rakyat Syria telah berhadapan dengan kenaikan harga makanan dan kekurangan bekalan bahan api dan gandum sejak sekurang-kurangnya beberapa tahun lalu.

WPF yang telah menyumbang sebanyak 5.5 juta di Syria, menggesa derma sebanyak 450 juta untuk meneruskan operasi bantuan mereka di negara itu sepanjang tahun ini.

Aman Palestin turut melancarkan beberapa kempen membantu Syria antaranya Tabung Syria, Bantuan Musim Sejuk dan Bread For Love.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,644,036
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....