000000
X
SYRIA
Negara-Negara Arab Mahu Syria Kembali Ke Liga Arab
Oleh: Rusydan Yusup
21 September 2022 | 2.08 Petang
SYRIA - Penolong Setiausaha Agung Liga Arab, Hossam Zaki berkata bahawa beberapa negara Arab mahu Syria dikembalikan kepada badan serantau itu.

Dalam satu kenyataan, Zaki berkata: "Kehadiran Syria sama sekali bukan syarat Algeria, tetapi Algeria berharap Syria dapat menghadiri mesyuarat Liga Arab seterusnya untuk mendapatkan semula perpaduan yang hilang di kalangan negara anggota Liga Arab."

Beliau juga berkata: "Kepulangan Syria ke Liga Arab bukan sahaja keinginan Algeria, tetapi ia adalah hasrat beberapa negara Arab lain."

Zaki berkata bahawa Ketua Liga Arab Ahmad Abul Gheit menjalankan perbincangan "panjang" dengan pegawai Algeria ketika mereka sedang bersiap untuk mengadakan sidang kemuncak Liga Arab di Algiers.

Berikutan perbincangan itu, Abul Geit dan pegawai Algeria bersetuju bahawa Syria tidak seharusnya kembali ke Liga Arab pada masa ini kerana isu ini harus dipersetujui sebulat suara.

Majoriti negara anggota Liga Arab mengundi pada 12 November 2011 untuk menggantung keahlian Syria sebagai tindak balas terhadap tindakan keras rejim terhadap penunjuk perasaan pro demokrasi.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,643,992
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....