000000
X
SYRIA
Rejim Zionis mengakui menembak mati warga Palestin yang tidak mendatangkan bahaya
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
25 Januari 2023 | 10.00 pag
TEBING BARAT - Rejim Zionis mengakui bahawa mereka telah menembak dan membunuh seorang lelaki Palestin yang tidak mendatangkan bahaya Isnin lalu.

Bapa kepada empat anak, Ahmad Kahla ditembak dan dibunuh oleh tentera rejim dari jarak dekat selepas memaksanya keluar dari keretanya, berhampiran bandar Silwad, Tebing Barat di hadapan anak lelakinya yang berusia 20 tahun, Qusai, pada waktu pagi pada 15 Januari.

Bapa berusia 45 tahun itu "ditembak mati dengan sengaja di hadapan anaknya," komander briged yang mengawasi siasatan awal membuat kesimpulan, sambil menambah bahawa "insiden itu tidak sepatutnya berakhir dengan kematian seorang lelaki."

Kahla adalah salah seorang daripada berpuluh-puluh penumpang Palestin yang terperangkap dalam lalu lintas pada kesibukan awal pagi disebabkan oleh pusat pemeriksaan tentera Israel yang didirikan di pintu masuk bandar.

Beliau ditembak dengan satu peluru di leher semasa pergelutan fizikal dengan tentera Israel selepas tentera Israel memaksa beliau dan anaknya keluar dari kereta mereka.

Qusai berkata, dia dan bapanya dalam perjalanan ke tempat kerja namun terpaksa memberhentikan kereta sejurus askar melepaskan bom bunyi ke arah kereta berkenaan.

Menurutnya, ketika itulah askar menyembur lada kepada bapa empat anak warga Palestin itu dan memaksanya keluar dari kereta sebelum pengsan.

Media Israel mendakwa dalam laporan awal mereka bahawa bapa empat anak itu ditembak ketika didakwa cuba melakukan serangan tikaman.

Bagaimanapun, berikutan rakaman video tular dari insiden itu, media Israel menyunting artikel mereka untuk memetik sumber tentera Israel dengan naratif bahawa askar melepaskan tembakan selepas cuba menangkap Kahla kerana cuba merampas salah satu senjata mereka.

Sejak permulaan tahun 2023, 18 rakyat Palestin telah ditembak dan dibunuh oleh tentera rejim Zionis dan pendatang haram Israel di Tebing Barat termasuk empat kanak-kanak.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,643,590
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....