000000
X
SYRIA
Bashar al-Assad Membatalkan Kuasa Mahkamah Medan Tentera
Oleh: Nur Khairunnisa Binti Mohamad
7 September 2023 | 10.50 pagi
SYRIA - Pada Ahad lalu Presiden Syria Bashar al-Assad mengumumkan kenyataan membatalkan kuasa mahkamah medan tentera di mana beribu-ribu orang dianggap telah dijatuhi hukuman mati tanpa proses sewajarnya. Walaubagaimanapun, aktivis Syria tetap berhati-hati dengan kesan tindakan itu.

Bashar al-Assad mengeluarkan perintah undang-undang mengakhiri kerja proklamasi asal 1968 yang mewujudkan mahkamah kata beliau dalam satu kenyataan.

"Semua kes yang dirujuk ke mahkamah medan tentera hendaklah dirujuk pada badan kehakiman tentera," kata Bashar al-Assad yang disiarkan melalui aplikasi Telegram, sambil menambah bahawa langkah itu berkuat kuasa serta-merta.

Menurut laporan daripada kumpulan hak asasi manusia Amnesty International pada tahun 2017, peraturan dan prosiding mahkamah medan tentera sangat ringkas dan sewenang-wenangnya sehingga tidak layak dianggap sebagai proses kehakiman yang sebenar.

‘’Perbicaraan mahkamah lapangan tentera juga hanya mengambil masa beberapa minit’’.

Dalam kenyataannya lagi, beliau menambah bahawa beribu-ribu orang yang ditahan di penjara Sednaya telah dibunuh dengan hukuman gantung beramai-ramai selepas "perbicaraan" di mahkamah tersebut


'’Beribu-ribu mungkin telah dibunuh'’

Peguam Syria Ghazwan Kronfol memberitahu AFP bahawa bidang kuasa mahkamah telah diperluaskan kepada orang awam sebagai tindak balas terhadap pergolakan yang tercetus pada 1980-an.

Mahkamah tidak perlu mengikut proses yang sewajarnya, tiada peranan peguam dalam prosiding, dan hukuman tidak boleh dirayu, tambahnya lagi.

"Sepanjang tahun revolusi dan konflik bersenjata, ramai tahanan telah dijatuhkan hukuman mati di mahkamah ini dan hukuman itu dilaksanakan sebaik sahaja hukuman diluluskan’’.

Menurut seorang aktivis yang enggan dikenali atas faktor keselamatan juga menganggarkan bahawa beribu-ribu atau mungkin juga berpuluh-puluh ribu telah mati akibat mahkamah medan tentera.

Keputusan pada Ahad lalu sudah lama tertangguh, tetapi masih perlu berhati-hati terutamanya kerana tentera rejim ini tidak pernah mengakui bahawa mahkamah tersebut melanggar hak asasi manusia dan masih boleh menangkap orang tanpa bicara, tambah aktivis itu.

Diab Serriya, dari Persatuan Tahanan dan Orang Hilang di Penjara Sednaya, berkata "jika tahanan dirujuk ke mahkamah tentera dan bukannya mahkamah medan tentera, mereka sekurang-kurangnya akan dibenarkan membela diri dan menggunakan peguam".

Beliau melahirkan harapan sekiranya mahkamah medan tentera ditutup dan arkib mereka boleh diakses, supaya keluarga dapat mengetahui nasib orang tersayang yang telah hilang dan disembunyikan secara paksa selama bertahun-tahun.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,644,220
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....