000000
X
DUNIA
Hukuman :Permaisuri ISIS Dipenjara 20 Tahun
Oleh: Rusydan Yusup
2 November 2022 | 2.17 Petang
Seorang hakim Amerika Syarikat (AS) telah menghakimi seorang wanita Kansas yang mengetuai batalion wanita Negara Islam Iraq dan Syam ISIL (ISIS) di Syria dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun, selepas Allison Fluke-Ekren mengaku bersalah atas tuduhan "keganasan" awal tahun ini.

Semasa perbicaraan di mahkamah persekutuan di utara Virginia pada hari Selasa, Fluke-Ekren berkata dalam ucapan panjang lebar bahawa dia bertanggungjawab atas tindakannya tetapi menghabiskan kebanyakan masa untuk merasional dan meminimumkan kelakuannya.

"Kami hanya menjalani kehidupan yang sangat normal," katanya kepada hakim tentang masanya di Syria, menunjukkan gambar anak-anaknya sedang makan malam.

Pendakwa raya menggambarkan Fluke-Ekren sebagai "permaisuri ISIS", menuduhnya melatih wanita dan gadis seawal 10 tahun mengenai cara menggunakan senjata automatik dan meletupkan bom tangan dan tali pinggang bunuh diri. Pihak berkuasa berkata, wanita berusia 42 tahun itu juga ada berbincang tentang melakukan serangan di dalam Amerika Syarikat.

Selepas ditangkap di Syria, Fluke-Ekren dibawa ke AS pada akhir Januari untuk menghadapi pertuduhan. Anak-anaknya sendiri mengecamnya di mahkamah dan menyifatkan mereka didera secara fizikal dan seksual oleh ibu mereka. 

Anak perempuan Fluke-Ekren berkata dalam kenyataan kesan (impak terhadap) mangsa yang dibacakan pada perbicaraan hari Selasa bahawa "nafsu untuk kawal dan kuasa" mendorong ibunya untuk membawa keluarga itu ke seluruh dunia bagi mencari kumpulan ISIL (ISIS).

Beliau berkata ibunya menjadi mahir menyembunyikan penderaan yang dilakukannya. Anak perempuannya itu juga menceritakan satu kejadian ketika ibunya didakwa menuang ubat kutu ke seluruh mukanya sebagai hukuman, menyebabkan mukanya melepuh dan matanya melecur. Fluke-Ekren kemudian cuba membasuh bahan kimia itu, tetapi anak perempuannya menolak.

"Saya mahu orang ramai melihat manusia jenis apa sebenarnya dia. Saya mahu tindakannya itu membutakan saya,” katanya menjelaskan sebab beliau tidak ingin matanya dibasuh.

Fluke-Ekren telah menafikan dakwaan penderaan. Beliau juga menggambarkan briged semua wanita yang dipimpinnya seperti pusat komuniti untuk wanita yang berubah menjadi beberapa siri kelas pertahanan diri apabila menjadi jelas bahawa bandar Raqqa, kubu kuat ISIL (ISIS) tempat dia tinggal, menghadapi pencerobohan.

Penolong Pertama Peguam AS Raj Parekh berkata, bahkan dalam ISIL (ISIS) sendiri, mereka yang mengenali Fluke-Ekren menyifatkan ideologinya sebagai "di luar carta (menyeleweng)". Tindakan Fluke-Ekren "menambahkan dimensi baharu kepada sisi paling gelap manusia", kata Parekh.

Fluke-Ekren, yang keluarganya berasal dari Midwest AS, bekerja sebagai guru di AS sebelum meninggalkan negara itu dan menyertai ISIL (ISIS) di Syria, menurut Jabatan Kehakiman.

ISIL (ISIS) menguasai kawasan besar di Iraq dan Syria dari 2014 sehingga kekalahan wilayahnya lewat 2017. Pada masa itu, kumpulan itu, yang telah mengisytiharkan "khalifah" dan mengilhamkan serangan ke atas sasaran awam di seluruh dunia, menarik ribuan pejuang asing, termasuk dari Eropah dan AS.

Lewat April, hakim AS memutuskan Alexanda Kotey, bekas anggota sel ISIL (ISIS) kelahiran United Kingdom yang dikenali sebagai "The Beatles", dipenjarakan seumur hidup.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 15,722,404
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....