daftar ahli  |  masuk
Dilancarkan dengan secara rasminya oleh Yang Di Pertuan Agong Malaysia pada 8 September 2009 | Video
E-Tabung
Bagi para blogger yang berminat untuk melakukan 'link' ke Tabung Palestin dengan mempamerkan imej di atas, sila salin pautan berikut serta masukkannya ke dalam blog masing-masing: Klik
Bancian
Anda mendapat tahu tentang Aman Palestin melalui:
Flyers
Billboard
Tv
Whatsapp
Email
Aktiviti & Projek Aman Palestin



Misi Ke-14 | PERUBATAN
Semangat yang ditunjukkan oleh semua peserta misi wajib dihargai dan selayaknya mendapat ganjaran Allah. Apa tidaknya, dengan perjalanan yang panjang dan memenatkan, sekatan dan laluan yang tidak mudah walaupun sudah sampai ke sempadan, tidak mematahkan semangat mereka, mereka hanya masuk ke bilik penginapan pada jam 9:00 malam setelah perjalanan yang jauh tetapi sempat menziarahi 4 buah rumah keluar miskin sebagai muqaddimah hari pertama mereka memasuki Gaza.

Hari ke dua, Usrah Fitrah seramai 26 orang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa Mesir keluar dari Gaza dengan seribu satu alasan yang tidak menasabah, walaubagaimana pun semangat juang tetap membara dan mudah-mudahan perjuangan mereka tidak akan disia-siakan Allah, akan sentiasa mendapat pahala dan ganjaran.

Doktor pakar berbincang untuk esok(hari ini) Jumaat, Dr. Zairul dan Dr. Mohd Nor, 4 pembedahan akan dilakukan. Begitu juga Dr. Mahir, Dr. Hamid dan Dr. Ashraf, 3 pembedahan akan dijalankan.

________________

Hari Pertama Pembedahan

Kesungguhan serta ketabahan doktor pakar yang dibawa khas dari Malaysia pada hari pertama pembedahan telah membuahkan hasil.

Pada hari ini sahaja, Jumaat 29/3/2013, sebanyak 11 pembedahan berjaya dilakukan oleh para doktor. Walaupun dari wajah mereka kelihatan letih, namun terpancar kepuasan kerana sekurang-kurangnya dapat memberikan khidmat kepada saudara mereka yang sedang dilanda musibah.

"Saya terasa amat letih selepas 3 pembedahan dilakukan pada hari ini, ditambah pula dengan peralatan yang kurang canggih - sedikit sebanyak melambatkan proses pembedahan yang sedang dijalankan, di tambah pula dengan serpihan logam yang masih lagi berada di dalam badan mereka, membantu melambatkan satu-satu sesi pembedahan", kata seorang doktor ortopedik ketika ditanya.

Manakala seorang ayah kepada anaknya yang sedang dibedah, menyatakan rasa syukur yang teramat sangat dengan pembedahan yang telah berjaya dilakukan. Terutama apabila ia melibatkan kos.

"Sekiranya saya membawa anak saya ke luar seperti negara terdekat adalah Mesir, kos yang perlu kami tanggung sekurang-kurangnya USD3000 hingga USD4000, tetapi dengan adanya perkhidmatan yang disediakan oleh doktor pakar Malaysia ini telah mengurangkan kos kepada hanya USD300 sahaja, ia amat-amat menguntungkan, terima kasih saya ucapkan", katanya.

Misi ke-14 Aman Palestin pada kali ini menjangkakan akan melakukan pembedahan untuk 25 orang pesakit, pada peringkat awal hanya 21 orang sahaja.

Selain itu para doktor akan berkongsi ilmu dengn lepasan doktor terutama doktor muda Gaza bagi meningkatkan kemahiran mereka.
 
Aktiviti & Projek 1-30 dari jumlah 68