Salam Aidil Fitri 2024
Polisi Privasi
Aman Palestin Berhad mengendali laman web amanpalestin.net, yang menyediakan PERKHIDMATAN kepada anda.

Halaman ini digunakan untuk memaklumkan kepada pengunjung laman web kami mengenai dasar kami berkaitan pengumpulan, penggunaan, dan pendedahan Maklumat Peribadi jika ada mana-mana pihak memutuskan untuk menggunakan Perkhidmatan kami, yakni laman web amanpalestin.net.

Jika anda memilih untuk menggunakan Perkhidmatan kami, maka anda dianggap bersetuju dengan cara pengumpulan dan penggunaan maklumat berhubung dengan dasar ini. Maklumat Peribadi yang kami kumpul digunakan bagi menyediakan dan meningkatkan Perkhidmatan kami. Kami tidak akan menggunakan atau berkongsi maklumat anda dengan mana-mana pihak kecuali seperti yang dijelaskan dalam Polisi Privasi ini.


Pengumpulan Dan Penggunaan Maklumat

Bagi memudahkan anda menggunakan Perkhidmatan kami, kami mungkin meminta anda menyediakan maklumat peribadi anda, termasuk biarpun tidak terhad kepada nama, nombor telefon dan alamat pos anda. Maklumat yang kami kumpul akan digunakan bagi menghubungi atau mengenal pasti anda.


Data Yang Dicatat

Kami ingin memaklumkan kepada anda bahawa setiap kali anda melawat Perkhidmatan kami, kami mengumpulkan maklumat yang dihantar oleh penyemak imbas anda kepada kami yang dipanggil ‘Log Data’. Data yang dicatat ini mungkin termasuk maklumat seperti alamat Protokol Internet ("IP") komputer anda, versi penyemak imbas, halaman Perkhidmatan kami yang anda lawati, masa dan tarikh lawatan anda, masa yang dihabiskan di halaman tersebut, dan statistik lain.


E-Dagang

Mereka-mereka yang terlibat dalam transaksi dengan Aman Palestin Berhad, dengan membeli perkhidmatan atau produk Aman Palestin Berhad, diminta memberi maklumat tambahan, termasuk jika diperlukan maklumat peribadi serta kewangan untuk memproses transaksi tersebut. Bagi setiap kes, Aman Palestin Berhad mengumpul maklumat sedemikian setakat yang perlu atau sesuai untuk memenuhi tujuan interaksi pelawat dengan Aman Palestin Berhad. Aman Palestin Berhad tidak mendedahkan sebarang maklumat pengenalan diri kecuali jika dinyatakan di sini. Dan pelawat sentiasa boleh menolak untuk memyediakan maklumat pengenalan diri, dengan amaran yang ianya boleh menghalang mereka daripada terlibat secara langsung dalam aktiviti tertentu yang ada kaitannya dengan laman web ini.


Kuki

Kuki adalah fail yang mengandungi sedikit data yang biasanya digunakan sebagai pengecam unik tanpa nama. Ianya dihantar ke penyemak imbas anda dari laman web yang anda lawati dan disimpan pada pemacu keras komputer anda.

Laman web kami menggunakan "kuki" untuk mengumpul maklumat dan untuk meningkatkan kualiti Perkhidmatan kami. Anda mempunyai pilihan samada untuk menerima atau menolak kuki ini, dan mengetahui apabila kuki dihantar ke komputer anda. Jika anda memilih untuk menolak kuki kami, anda mungkin tidak dapat menggunakan sebahagian daripada Perkhidmatan kami.

Selanjutnya mengenai polisi kuki kami.


Penyedia Perkhidmatan

Kami mungkin menggunakan syarikat dan individu pihak ketiga berdasarkan alasan-alasan berikut:
  • Untuk memudahkan Perkhidmatan kami;
  • Untuk menyediakan Perkhidmatan bagi pihak kami;
  • Untuk melaksanakan perkhidmatan yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami; atau
  • Untuk membantu kami dalam menganalisis cara Perkhidmatan kami digunakan.
Kami ingin memaklumkan kepada pengguna Perkhidmatan kami bahawa pihak ketiga ini mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi anda. Sebabnya adalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan kepada mereka bagi pihak kami. Walau bagaimanapun, mereka ditegah keras dari mendedahkan atau menggunakan maklumat untuk tujuan lain.


Keselamatan

Kami menghargai kepercayaan anda dalam memberikan kami Maklumat Peribadi anda, hatta kami berusaha menggunakan sebarang cara yang berkesan untuk melindunginya. Tetapi anda harus ingat bahawa tiada sebarang kaedah penghantaran melalui internet, atau kaedah penyimpanan elektronik yang 100% selamat dan boleh dipercayai, dan kami tidak dapat menjamin keselamatannya secara mutlak.


Perlindungan Maklumat Peribadi Tertentu

Aman Palestin Berhad mendedahkan maklumat peribadi anda hanya kepada pekerja, kontraktor dan organisasi gabungannya yang (i) perlu mengetahui maklumat itu untuk memprosesnya bagi pihak Aman Palestin Berhad atau menyediakan perkhidmatan yang tersedia di laman web Aman Palestin Berhad, dan (ii) yang telah bersetuju untuk tidak mendedahkannya kepada orang lain. Sebahagian daripada pekerja, kontraktor dan pertubuhan gabungan tersebut mungkin terletak di luar negara asal anda; dengan menggunakan laman web Aman Palestin Berhad, anda bersetuju untuk memindahkan maklumat tersebut kepada mereka. Aman Palestin Berhad tidak akan menyewa atau menjual maklumat peribadi anda kepada sesiapa pun. Selain daripada pekerjanya, kontraktor dan organisasi gabungannya, seperti yang diterangkan di atas, Aman Palestin Berhad hanya akan mendedahkan maklumat peribadi anda apabila ada sebarang tuntutan dalam bentuk sepina, perintah mahkamah atau permintaan lain dari pihak kerajaan, atau apabila Aman Palestin Berhad percaya bahawa pendedahan maklumat peribadi anda perlu dilakukan untuk melindungi hartabenda atau hak Aman Palestin Berhad, pihak ketiga atau masyarakat awam secara umumnya.

Jika anda adalah pengguna berdaftar https://office.amanpalestin.net dan telah membekalkan alamat e-mel anda, Aman Palestin Berhad mungkin adakalanya menghantar e-mel kepada anda untuk memberitahu anda tentang ciri-ciri baru laman, meminta maklum balas anda, atau hanya sekadar memaklumkan kepada anda tentang ehwal terkini Aman Palestin Berhad serta produk kami. Kami biasanya menggunakan blog kami untuk menyampaikan maklumat jenis ini, jadi kami berharap agar dapar mengurangkan e-mel jenis ini kepada tahap minima. Jika anda menghantar sebarang permintaan kepada kami (contohnya melalui e-mel sokongan atau melalui salah satu mekanisme maklum balas kami), kami berhak untuk menyiarkannya bagi membantu kami memperjelaskan atau memberi tindakbalas terhadap permintaan anda atau memudahkan kami membantu pengguna lain. Aman Palestin Berhad mengambil segala langkah yang diperlukan pada kadar yang munasabah bagi menghalang akses, penggunaan, pengubahan atau pemusnahan yang tidak dibenarkan terhadap sebarang maklumat peribadi.


Pautan Ke Laman Lain

Perkhidmatan kami mungkin mengandungi pautan ke laman lain. Jika anda melakukan klik pada pautan pihak ketiga, anda akan dihantar ke laman web terbabit. Pastikan yang anda jelas bahawa laman luaran ini tidak dikendalikan oleh kami. Oleh itu, kami menasihatkan agar anda menyemak Polisi Privasi laman web berkaitan. Kami tidak dapat mengawal dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan, polisi privasi, atau amalan mana-mana laman atau perkhidmatan pihak ketiga.


Privasi Kanak-Kanak

Perkhidmatan kami tidak disediakan bagi mereka-mereka yang berumur di bawah 13 tahun. Kami tidak akan dengan secara sengaja mengumpul sebarang maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah 13 tahun. Sekiranya kami mendapati bahawa kanak-kanak di bawah umur 13 tahun telah memberikan maklumat peribadi kepada kami, kami akan segera memadamnya dari 'server' kami. Jika anda adalah ibubapa atau penjaga yang terlibat dan anda sedar bahawa anak anda telah memberikan kepada kami maklumat peribadinya, sila hubungi kami supaya kami dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


Perubahan Kepada Polisi Privasi Ini

Kami mungkin mengemaskini Polisi Privasi kami dari masa ke semasa. Oleh itu, kami menasihati anda agar menyemak semula halaman ini secara berkala untuk mengetahui sebarang perubahan. Kami akan memberitahu anda tentang sebarang perubahan dengan menyiarkan Polisi Privasi baru di halaman ini. Perubahan ini berkuatkuasa dengan serta-merta, selepas disiarkan pada halaman ini.


Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau cadangan mengenai Dasar Privasi kami, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.
Sila tunggu sebentar....