000000
X
PALESTIN
Israel Cuba Musnah Identiti Palestin Melalui Israelisasi Pendidikan
Oleh: Rusydan Yusup
1 Jun 2023 | 2.14 petang
Kementerian Pendidikan Palestin menyatakan penolakannya terhadap penggunaan lagu-lagu Ibrani dalam aktiviti yang diadakan di sekolah rendah Baitul Maqdis. Perbuatan tersebut selaras dengan dasar penjajahan pendidikan Israel dan ia memusnahkan kesedaran nasionalis kolektif dan identiti Palestin Baitul Maqdis.

Sekolah Rendah Al-Ufuq di Baitul Maqdis (Horizon Elementary Girls School) merupakan sekolah yang bergabung dengan kawasan perbandaran Israel.

Kementerian Palestin dalam satu kenyataan semalam berkata, melalui aktiviti sedemikian, pihak berkuasa Israel cuba mengindahkan sisi gelap penjajah dan menghalalkan rancangan Israel yang menyasarkan kurikulum Palestin dan kedaulatan pendidikan Palestin di Baitul Maqdis.

Kementerian tersebut menyeru ibu bapa supaya mengambil pendirian tegas berhubung acara ini dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada mengganggu identiti kebangsaan pelajar Palestin.

Ibu bapa juga diminta agar menghalang usaha Israel menjauhkan pelajar daripada keutamaan dan perhatian mereka terhadap isu Palestin yang termasuk hak untuk merdeka dan menjadi negara berdaulat dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,618,190
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....