000000
X
PALESTIN
Serbuan Sekolah: Tentera Israel Ugut Tembak Pelajar dan Guru
Oleh: Rusydan Yusup
30 Mei 2023 | 10.53 pagi
RAMALLAH - Tentera Israel menyerbu sebuah sekolah rendah Palestin di bandar Beitunia, barat Ramallah, Tebing Barat.

Menurut Agensi Berita Wafa, tentera Israel menyerbu Sekolah Rendah Al-Kurom dan menyoal siasat pelajar dan guru Palestin sambil mengacukan senjata, mengugut akan menembak sesiapa yang cuba melarikan diri.

Tembakan di sekolah adalah perkara biasa, begitu juga dengan halangan akses dan ugutan pelajar, termasuk penempatan tentera di kawasan sekitar sekolah.

Ia berlaku selepas 10 negara Eropah, termasuk Belgium, Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, UK, Denmark, Finland, Jerman, Ireland dan Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah ke Tebing Barat dan Gaza, menyeru Israel untuk menghentikan dasar perobohan rumah dan rampasan harta benda Palestin di Tebing Barat.

Sepuluh negara itu "mengutuk sekeras-kerasnya perobohan sekolah yang dibiayai oleh penderma di Jubbet Adh Dhib baru-baru ini" dan menyatakan "kebimbangan besar mereka tentang ancaman perobohan 57 buah sekolah lagi di Tebing Barat."

Israel secara meluas menggunakan alasan kekurangan permit pembinaan untuk merobohkan rumah Palestin, terutamanya di Kawasan C, yang berada di bawah kawalan tentera Israel.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak 1967 dan pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestin dan pelanggaran undang-undang antarabangsa merupakan kejadian yang berlaku setiap hari.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,601,722
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....