000000
X
PALESTIN
Israel Seksa 170 Tahanan Kanak-kanak Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
30 Mei 2023 | 1.54 tengahari
Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Sosial Palestin, Assem Khamis berkata, kesemua 170 kanak-kanak Palestin yang kini dipenjarakan Israel telah dikenakan pelbagai bentuk penderaan dan penyeksaan.

Bercakap sebelum persidangan serantau bagi mencegah pencabulan teruk terhadap kanak-kanak dalam konflik bersenjata yang diadakan di ibu negara Qatar, Doha, Ahad nanti, beliau berkata sejak tahun 2005 hingga 2022, Israel telah menahan 7,500 kanak-kanak Palestin. 

Beliau menambah bahawa kerajaan Palestin berminat untuk melindungi semua kanak-kanak daripada sebarang aktiviti yang membawa kepada penglibatan mereka dalam konflik bersenjata, terutamanya kanak-kanak yang sebelum ini telah ditangkap oleh penjajah Israel.

“Penjajah Israel berusaha, dalam percubaan secara tetap dan berterusan, untuk menghalang kehidupan kanak-kanak Palestin, dan menyasarkan mereka dengan penangkapan, gangguan, serta mendedahkan mereka kepada keganasan dan ancaman,” katanya.

Assem meminta agar Israel dipertanggungjawabkan ke atas pencabulan berkaitan hak kanak-kanak di hadapan mahkamah antarabangsa, di samping menyokong Kementerian Pembangunan supaya dapat melindungi, menjaga dan memulihkan kanak-kanak Palestin.

Beliau juga telah menyeru untuk menyokong pertubuhan antarabangsa dan institusi Palestin yang mendokumentasikan pencabulan hak kanak-kanak oleh Israel, selain memberikan sokongan, bantuan dan penyertaan dalam Persidangan Kanak-Kanak Palestin, yang tidak lama lagi akan dianjurkan oleh Kerajaan Jordan.

Liga Arab juga telah menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dan bekerja secara serius untuk menghentikan pencabulan Israel terhadap kanak-kanak Palestin, dan untuk memastikan perlindungan hak dan keselamatan mereka.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,623,816
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....