000000
X
PALESTIN
Penduduk Palestin Sambut Kemenangan Presiden Erdogan
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
29 Mei 2023 | 2.07 petang
Rakyat Palestin mengadakan himpunan pada petang semalam bagi meraikan kemenangan Presiden Turki Rcep Tayyip Erdogan di dalam pilihanraya presiden.

Para peserta meraikan kemenangan Erdogan dihadapan tugu peringatan syuhada’ Flotilla Kebebasan Turki di pantai laut Gaza dan mereka menaikkan bendera Turki dan Palestin bersama-sama. 

Manakala di bandar Khan Younis selatan Semenanjung Gaza, gula-gula diedarkan kepada orang ramai bagi meraikan kemenangan Erdogan.

Salah seorang peserta bernama Anwawt Atallah berkata, “Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Turki di atas amalan demokrasi ini, dan kami juga mengucapkan tahniah ke atas Presiden Turki Erdogan di atas kemenangan beliau.”

“Kami berharap Turki akan menjadi salah satu negara yang hebat dalam semua bidang, kami juga menyatakan solidariti kami bersama rakyat Turki. Kita merupakan satu rakyat. Rakyat Turki berkorban darah mereka demi Palestin dan kami ingin tegaskan bahawa darah kami adalah satu dan takdir kami juga satu.” Tambah Anwar lagi. 

Pihak Jawatankusa Tertinggi Pilihanraya Turki semalam mengumukan, bahawa sebanyak 75.42 peratus daripada kotak peti undi telah dibuka pada pusingan kedua pilihanraya presiden. Suruhanjaya itu berkata lagi, Presiden Recep Tayyib Erdogan berjaya memenangi sebanyak 53.41 peratus undi manakala calon pembangkang Kemal Kilicdaroglu mendapat 46.59 peratus sahaja
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,623,243
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....