000000
X
PALESTIN
10 Negara Eropah Desak Israel Henti Roboh Rumah Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
29 Mei 2023 | 1.31 tengahari
10 negara Eropah telah menggesa Israel menghentikan dasar perobohan rumah dan rampasan harta Palestin di Tebing Barat, lapor Agensi berita Anadolu.

Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada hari Jumaat oleh Konsulat Jeneral Belgium, Perancis, Itali, Sepanyol, Sweden, UK, Denmark, Finland, Jerman, Ireland dan Pejabat Perwakilan Kesatuan Eropah ke Tebing Barat dan Gaza.

Kenyataan itu menyeru "Israel, sebagai kuasa penjajah, untuk menghentikan semua rampasan dan perobohan serta memberikan akses tanpa halangan kepada organisasi kemanusiaan di Tebing Barat yang dijajah termasuk Baitul Maqdis Timur."

Ia juga menggesa Tel Aviv untuk "memulangkan atau membayar pampasan untuk semua barangan kemanusiaan yang dibiayai oleh konsortium penderma," merujuk kepada perobohan bangunan Israel yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah sejak 2015 dianggarkan pada 1,291,000 euro ($1,385,300).

10 negara itu "mengutuk sekeras-kerasnya perobohan sekolah yang dibiayai oleh penderma di Jubbet Adh Dhib baru-baru ini" dan menyatakan "kebimbangan besar mereka mengenai ancaman perobohan 57 lagi sekolah di Tebing Barat."

Israel secara meluas menggunakan alasan kekurangan permit pembinaan untuk merobohkan rumah Palestin, terutamanya di Kawasan C, yang berada di bawah kawalan tentera Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,549,995
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....