000000
X
PALESTIN
Perintah Larangan Keluar Negara Syeikh Raed Salah Disambung
Oleh: Hanis Zakwan Zainal Abidin
14 Ogos | 11.05 AM
PALESTIN - Sabtu, pihak berkuasa rejim penjajah Israel menyambung perintah larangan keluar negara ke atas Sheikh Raed Salah.

Menurut sumber hak asasi manusia, perintah larangan itu disambung lagi selama 6 bulan melalui Menteri Dalam Negeri penjajah Israel, Ayelet Shaked yang memutuskan untuk menyambung perintah larangan itu untuk menghalang Sheikh Raed Salah keluar dari negara itu atas alasan “sebab-sebab keselamatan” termasuklah menghalang beliau dari menyambung aktivitinya diluar negara untuk pertubuhan Gerakan Islam.

Selain dari Syeikh Raed Salah dilarang ke luar negara, beliau juga diusir dan ditahan di rumahnya dan tidak boleh masuk ke Al-Aqsa. Pada 13 Disember yang lalu, rejim penjajah Israel membebaskan beliau selepas 17 bulan di dalam penjara atas sebab “menghasut”.

Selama 15 tahun yang lalu, Sheikh Salah tidak dapat memasuki Al-Aqsa dan masjidnya dan menghabiskan masanya di penjara rejim Israel di bahgian kurungan persendirian yang zalim dan kejam.

Sejak 2010, Sheikh Salah telah beberapa kali dipenjara sewenang-wenangnya oleh rejim Israel atas keterlibatannya menganjurkan himpunan aman membantah dasar Israel berkaitan Al-Aqsa dan pendiriannya menentang rancangan pengyahudian dan pembaratan Al-Aqsa. – The Palestinian Information Centre
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,549,337
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....