000000
X
PALESTIN
Tunisia tidak berhasrat jalin hubungan diplomatik dengan Israel
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
9 Jun 2022 | 4.30 petang
TUNISIA - Kementerian Luar Negeri dan Imigresen Tunisia melalui hantarannya di dalam laman web rasmi facebook kementerian menafikan wujudnya usaha normalisasi antara Tunisia dan penjajah Israel.

Mereka menafikan secara jelas khabar angin yang diterima dan menyifatkan perkhabaran ini sebagai dakwaan palsu beberapa laman web yang bekerjasama dengan penjajah Israel untuk mencetuskan isu kononnya wujud hubungan normalisasi antara Tunisia dan Israel.

Kenyataan Kementerian Luar Negeri dan Imigresen Tunisia turut menambah bahawa percubaan dakwaan palsu oleh beberapa laman web yang tidak bertanggungjawab ini telah berlaku berulang kali dengan tujuan untuk menjejaskan imej negara Tunisia kerana pendirian tegasnya dalam mempertahankan isu Palestin.

Hantaran di laman web kementerian itu juga menegaskan pendirian mereka tentang keengganan dalam melakukan hubungan diplomatik dengan Israel dan pendirian ini akan kekal sehingga bila-bila bagi menyokong perjuangan saudara seIslam di Palestin serta membantu dalam pembebasan Masjid al-Aqsa.

Sebelum ini, akhbar Israel Hayom telah menulis sebuah dakwaan mengenai hasrat Presiden Tunisia, Kais Saied untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Di dalam akhbar itu tertulis, terdapat hubungan diplomatik antara Israel dan Tunisia yang mungkin akan terjadi untuk kerjasama antara dua belah pihak ini. – Shehab Agency
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,619,711
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....