000000
X
PALESTIN
Penentangan Akan Semakin Mengganas Jika Israel Berdegil
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
15 Ogos 2022 | 10.26 PM
GAZA - Seorang anggota Jawatankuasa Pusat Barisan Demokratik Palestin, Mahmoud Khalaf berkata kedegilan Israel untuk membebaskan tahanan mogok lapar iaitu Khalil Awawdeh, Bassam Al-Saadi dan Yusuf Al-Baz akan mengundang kemarahan rakyat Palestin.

Khalaf menambah kenyataannya ketika berada di pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Gaza bahawa pihaknya memikul tanggungjawab dalam menjaga nyawa tahanan yang mogok lapar itu.

Terdahulu, pihak Palestin menuntut pembebasan dua tahanan iaitu Khalil Awawdeh dan Bassam Al-Saadi sebagai perjanjian gencatan senjata bersama Israel semasa pencerobohan Israel baru-baru ini.

Jurucakap media Yayasan Mahjah Al-Quds, Tamer Al-Zaanin berkata tahanan Palestin yang berada di tangan Israel sedang mengalami masalah kesihatan yang serius disebabkan mogok lapar. Dia memaklumkan bahawa Yusuf Al-Baz (64 tahun) meneruskan mogok laparnya untuk lima hari berturut-turut dan memasuki tahap kritikal. Yusuf kini dirawat di Hospital Soroka, Bersheba.

Al-Zaanin juga mengatakan bahawa Israel sengaja melengah-lengahkan pembebasan 2 tahanan yang lain dan mengabaikan perjanjian gencatan senjata mereka bersama Palestin. Mereka bermain-main dengan perjanjian itu dan mencabar kesabaran tahanan serta rakyat Palestin.

Selain itu, Jawatankuasa Gabungan Tahanan Kebangsaan dengan kerjasama Pergerakan Tahanan Negara melancarkan solidariti terhadap tahanan yang mogok lapar di hadapan ibu pejabat Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di Gaza.

Solidariti ini turut disertai oleh puluhan rakyat Palestin dengan menaikkan sepanduk gambar tawanan dan menggesa tahanan dibebaskan segera. - Palestimes
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,618,534
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....