000000
X
PALESTIN
Pemuda Syahid Dengan Tembakan Di Bahagian Kepala Oleh Tentera Zionis
Oleh: Faris Zailani
15 Ogos 2022 | 3.23 PM
BAITUL MAQDIS - Seorang pemuda Palestin maut ditembak oleh tentera Israel pada awal pagi hari ini. Muhammad Shaham ditembak di bahagian kepala  oleh tentera ketika tentera mula menyerbu rumah beliau di Kafr Aqab yang berada di Baitulmaqdis.

Menurut sumber tempatan, mereka hanya mengetahui tentera menceroboh masuk ke rumah keluarga Shaham ketika mereka mendengar bunyi tembakan tersebut.

Tentera Israel dipercayai menculik dahulu pemuda tersebut selepas menembaknya, serta  mengumumkan kematian beliau.

Alasannya mereka terpaksa menembak Muhammad Shaham kerana beliau cuba untuk menikam salah seorang daripada anggota tentera Israel yang menceroboh ke rumah beliau. Dakwaannya lagi terdapat senjata yang ditemui di rumah beliau pada ketika itu. – Shehab News
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,623,730
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....