000000
X
PALESTIN
Rumah Gabenor Palestin Dicerobohi Tentera Israel
Oleh: Hanis Zakwan Zainal Abidin
15 Ogos 2022 | 11.46 AM
BAITUL MAQDIS - Rejim penjajah Israel menangkap seorang penduduk Palestin bernama Karam Fakhi Al-Din, 40 tahun di Kota Lama Bandar Khalil selepas memukulnya dengan teruk dan menyerbu masuk ke dalam rumah Gabenor Baitulmaqdis, Adnan Ghaith di daerah Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa. Ini adalah kali kedua anggota rejim israel menyerbu rumahnya dalam masa kurang seminggu.

Ini disebabkan oleh keputusan mahkamah rejim Israel pada 4 Ogos untuk mengenakan tahanan rumah kepada Gabenor Ghaith tanpa menetapkan tempoh masa tahanan.

Gabenor Ghaith telah ditahan 35 kali sejak menjawat jawatan itu pada Ogos 2018. Beliau dituduh melangsungkan kempen hasutan. Beliau juga dilarang berjumpa dengan mana-mana tokoh berpengaruh Palestin dan dilarang keluar negara atau meninggalkan Baitulmaqdis. – The Palestinian Information Centre
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,600,838
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....