000000
X
PALESTIN
Bahrain mengecam keputusan Israel membuka tender memperluas penempatan haram
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
8 Mac 2023 | 6.50 pagi
BAHRAIN – Kerajaan Bahrain mengutuk sekeras-kerasnya semalam keputusan Israel mengeluarkan tender bagi pembinaan unit penempatan haram baharu di wilayah Palestin yang dijajah berikutan kelulusan parlimen Israel, Knesset, terhadap rang undang-undang yang membenarkan pendatang haram kembali ke tempat penempatan di utara Tebing Barat yang dijajah setelah dipindahkan pada tahun 2005.

Kementerian Luar Negeri Bahrain mengulangi penolakan tegas Kerajaan terhadap penempatan haram Israel dan perluasannya di wilayah yang dijajah sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan legitimasi antarabangsa serta mengancam proses damai dan usaha serantau dan antarabangsa yang bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka pada sempadan 4 Jun 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

Kecaman yang sama dikeluarkan oleh kementerian luar Qatar yang mengkategorikan ia sebagai dasar de facto oleh kerajaan rejim Israel, yang bertujuan untuk melucutkan hak rakyat Palestin yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,548,810
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....