000000
X
PALESTIN
Gesa Henti Rombakan Sistem Kehakiman: Netanyahu Pecat Menteri Pertahanan
Oleh: Rusydan Yusup
27 Mac 2023 | 1.29 tengahari
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memecat Menteri Pertahanan negara itu, Yoav Gallant, pada hari Ahad, hanya sehari selepas Gallant menggesa kerajaan menghentikan rancangan yang sangat kontroversi untuk merombak sistem kehakiman.

Keputusan Netanyahu mungkin akan memburukkan lagi keadaan yang sudah sangat tegang di Israel, di mana ratusan ribu rakyat Israel telah membantah Netanyahu dan kerajaan sayap kanannya selama berbulan-bulan.

Perkembangan terbaru itu berlaku sejurus sebelum kerajaan ditetapkan untuk meratifikasi undang-undang yang akan mengukuhkan kawalan Netanyahu ke atas pelantikan kehakiman.

“Gallant pada hari Sabtu menjadi ahli paling kanan parti Likud berhaluan kanan Netanyahu yang mengatakan beliau tidak akan menyokong baik pulih kehakiman.  Beliau mengatakan protes yang turut melibatkan peningkatan (penglibatan) bilangan pasukan simpanan tentera turut menjejaskan pasukan (tentera) tetap dan menjejaskan keselamatan negara,” lapor Reuters.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Gallant memberitahu rakyat Israel bahawa "Pada masa ini, demi negara kita, saya bersedia untuk mengambil sebarang risiko dan membayar apa-apa harga."

Harganya menyusul sehari kemudian. "Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah memutuskan petang ini untuk memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant," kata pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Tidak lama selepas keputusan tersebut, Gallant membuat ciapan di halaman Twitternya, "Keamanan Israel sentiasa dan akan sentiasa menjadi misi hidup saya."

Pegawai Israel telah memberi amaran bahawa apa yang berlaku di Israel ketika ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan mengancam perpaduan dan keselamatan negara.

Pemerintahan kerajaan baru Israel yang diketuai Netanyahu semakin hari semakin menampakkan kekejaman mereka tanpa berselindung. Beberapa menteri Israel sejak memerintah lebih-lebih lagi kebelakangan ini mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan serta tindakan rasis dan ekstremis terhadap Palestin dan rakyatnya. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,622,662
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....