000000
X
PALESTIN
Tentera mengetatkan sekatan di bandar Nablus
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
26 Mac 2023 | 2.53 petang
Israel telah mengetatkan langkah kawalan dan pengepungan mereka ke atas bandar Nablus dengan menutup kebanyakan pintu masuk dan keluar bandar tersebut, malah mereka juga menghadkan pergerakan penduduk di dalam bandar Nablus. 

Dari petang semalam sehingga awal pagi hari ini, hari Ahad, pasukan tentera Israel telah menutup banyak pusat pemeriksaan yang menyebabkan kesesakan dan ribuan penduduk di dalam bandar terpaksa melalui jalan pintas dan jalan-jalan lain untuk melakukan aktiviti harian.

Sepasukan besar tentera Israel telah menjalankan pemeriksaan di seluruh kawasan, persimpangan jalan dan pusat pemeriksaan tentera.

Selain itu, berlaku serbuan ke atas rumah penduduk Palestin di bandar Hawara yang mengakibatkan kecederaan kepada dua tentera Israel dan seorang pemuda Palestin di tangkap, iaitu Abdul Rahman Nimr.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,623,387
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....