000000
X
PALESTIN
Penjaga Baitulmaqdis, Hanadi Halawani dibebaskan dengan syarat zalim
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
31 Januari 2023 | 7.55 pagi
BAITUL MAQDIS - Rejim Israel membebaskan guru dan penjaga Baitulmaqdis, Hanadi Halawani petang semalam dari penjara Ramleh dengan syarat tidak adil termasuk pengusiran, jaminan kewangan bahkan larangan komunikasi. 

Peguamnya, Hamza Qattina menyatakan bahawa tentera rejim membebaskan Al-Mourabita Halawani dengan mensyaratkan beliau dikeluarkan dari Masjid Al-Aqsa sehingga 7 Februari depan disertai jaminan kewangan 2000 syikal, selain jaminan pihak ketiga. 

Qattina menjelaskan bahawa keputusan pelepasan itu termasuk syarat untuk menghalang penggunaan Internet dan rangkaian komunikasi sehingga 17 Februari serta menghalang komunikasi dengan kumpulan tertentu sehingga 28 haribulan yang sama. 

Pada hari Selasa, minggu lalu, tentera rejim menangkap Halawani, selepas memecah masuk rumahnya, memusnahkan dan merosakkan perabotnya serta merampas telefon. 

Mahkamah tentera rejim memanjangkan tempoh penahanan Halawani lebih daripada sekali dan beliau muncul di mahkamah rejim Israel yang dibelenggu dengan jeriji besi malah tentera rejim memperlakukannya dengan cara yang biadab. Pihak berkuasa rejim telah memberi Halawani  larangan perjalanan selama tempoh sebulan yang boleh dilanjutkan selama 6 bulan. Hal ini menjadikan jumlah larangan perjalanannya dipanjangkan kepada 6 tahun. 

Halawani telah diusir oleh tentera rejim dari Masjid Al-Aqsa dalam tempoh hampir lapan tahun. Tentera rejim sering menganiaya lelaki dan wanita yang ditempatkan di Masjid Al-Aqsa dengan menangkap dan mengusir mereka serta menetapkan keputusan pengusiran berbeza untuk setiap individu bermula dari seminggu hingga 6 bulan malah boleh dilanjutkan.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,602,232
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....