000000
X
PALESTIN
8 orang penduduk Palestin ditangkap di Baitulmaqdis
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
30 Januari 2023 | 10.51 malam
Sekumpulan tentera Israel telah menangkap 8 orang pemuda Palestin dari Beit Hanina pada hari Ahad semasa berlaku pertempuran yang sengit antara antara tentera Israel dan pemuda Palestin. Kejadian penangkapan berlaku di Beit Hanina utara Baitulmaqdis. 

Menurut sumber tempatan, tentera Israel telah menangkap enam orang pemuda ketika pertempuran tersebut. 

Sementara itu, tentera juga menangkap seorang pemuda yang cuba membantu abangnya yang sedang ditangkap oleh tentera Israel sebelum pihak tentera menembak peluru gas pemedih mata kearahnya. 

Menurut laporan daripada pihak berkuasa, tentera Israel juga membuat tangkapan terhadap beberapa orang lagi penduduk Palestin pada petang hari Isnin. Manakala pertempuran yang sengit turut berlaku di di Jabar Al-Mukaber selatan Baitulmaqdis. 

Perarakan yang dianjurkan oleh penduduk Palestin diadakan sebagai tanda solidariti terhadap keluarga Shuqairat yang rumahnya dirobohkan oleh majlis perbandaran.

Selain itu, terdapat seorang tentera Israel yang mengalami kecederaan ketika pertempuran di kawasan kejiranan Al-Bustan di Silwan, Baitulmaqdis. 

Manakala pendatang Israel menyerang seorang kanak-kanak di bandar Silwan dengan menendang dan membaling batu kearahnya, malah mereka turut memecahkan topi keledar milik kanak-kanak tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,622,685
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....