000000
X
PALESTIN
Media Israel Beri Amaran Intifada ke-3
Oleh: Rusydan Yusup
30 Januari 2023 | 1.39 tengahari
Sebuah akhbar Israel memberi amaran pada hari Sabtu mengenai kemungkinan tercetusnya intifada Palestin ketiga di tengah-tengah keganasan yang semakin meningkat di wilayah yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Pada hari Jumaat, tujuh orang pendatang haram Israel terbunuh dalam serangan tembakan berhampiran rumah ibadat di petempatan haram Yahudi di Baitul Maqdis Timur.

Serangan itu berlaku sehari selepas sembilan orang rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera dalam operasi tentera Israel di bandar Jenin, Tebing Barat.

Pengulas tentera Israel, Ron Ben-Yishai berkata dalam akhbar Yedioth Ahronoth bahawa serangan ke atas rumah ibadat itu "tidak syak lagi merupakan satu tindakan balas" untuk operasi ketenteraan Jenin.

“Israel mesti segera menghalang operasi (serangan pejuang Palestin) selanjutnya serta tindakan balas oleh pihak pelampau Yahudi di Baitul Maqdis,” tambahnya.

"Perkara ini boleh dilakukan dengan membanjiri kawasan itu dengan tentera Israel sambil mengelak menjalankan operasi ketenteraan besar (utama) di bandar-bandar Palestin pada masa ini," kata pengulas itu.

Ben-Yishai memberi amaran bahawa perkembangan terkini di Jenin dan Baitul Maqdis "boleh meningkatkan tahap keganasan melampau, yang agak terhad dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kepada pemberontakan sebenar yang melibatkan massa rakyat Palestin dan pelampau Yahudi."

Ben-Yishai memberi amaran bahawa sebarang operasi besar yang diluluskan oleh kabinet keselamatan Israel "akan lebih membakar api dan bukannya menenangkan wilayah itu."

“Tiada hasil ketara yang dicapai oleh operasi besar di bandar-bandar Palestin atau di kawasan kejiranan, dan ia hanya boleh menyebabkan keadaan semakin memuncak dan mencetuskan pemberontakan,” katanya memberi amaran.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,601,708
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....