000000
X
PALESTIN
Serangan rejim Israel terhadap pelajar merupakan pencabulan terhadap pendidikan dan pembangunan
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
26 Januari 2023 | 6.50 pagi
HEBRON – Berpuluh-puluh pelajar Palestin semalam mati lemas apabila tentera rejim menyasarkan mereka di bandar Beit Ummar, utara bandar Hebron di Tebing Barat, menurut seorang aktivis media tempatan.

Mohammad Awad berkata bahawa tentera bersenjata lengkap menutup pintu masuk utama bandar selatan Tebing Barat, menghalang orang yang berkabung serta pembawa jenazah mengambil bahagian dalam perarakan pengebumian hingga mencetuskan konfrontasi.

Tentera rejim melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah pelajar perempuan tempatan ketika mereka keluar dari sekolah, menyebabkan berpuluh-puluh orang mati lemas.

Serangan tentera rejim serta pendatang haram Yahudi terhadap pendidikan di Palestin merupakan pencabulan besar hak kanak-kanak untuk pendidikan dan pembangunan. Serangan ini amat berleluasa di kawasan paling terdedah di Tebing Barat – Kawasan C, H2 dan Baitulmaqdis.

Rejim Israel sangat menyekat kebebasan pergerakan rakyat Palestin di Tebing Barat melalui gabungan kompleks kira-kira 500 pusat pemeriksaan tetap, ratusan pos pemeriksaan terbang, jalan pendatang haram Yahudi sahaja, lebih 200 pangkalan tentera dan pelbagai halangan fizikal lain.

Penutupan selain langkah-langkah lain, yang diletakkan di bawah nama keselamatan, bertujuan untuk mengukuhkan penjajahan tentera rejim yang berusia hampir 55 tahun di Tebing Barat malah projek kolonial pendatang haram Yahudi yang dikuatkuasakan dengan keganasan rutin sering membawa maut terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,550,374
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....