000000
X
PALESTIN
"Roboh rumah tidak gugat semangat kami" - Hamas
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
25 Januari 2023 | 10.56 malam
BAITUL MAQDIS - Hamas, menerusi kenyataannya, menegaskan bahawa projek merobohkan kediaman-kediaman rakyat dan pejuang Palestin oleh Zionis Israel adalah jenayah Zionis yang berunsurkan perang. Yang terbaru, rumah keluarga pejuang As-Syahid Uday At-Tamimi telah dirobohkan oleh Israel di Kem Pelarian Shuafat, Baitul Maqdis.

Jurucakap Hamas, Muhammad Hamadeh berkata, “Jenayah yang dilakukan Zionis Israel ini tidak akan menggugah kepercayaan dan semangat rakyat kita yang ribat dan mempertahankan tanah mereka sehingga penjajah diusir dan semua hak negara Palestin dikembalikan”

Hamadeh menambah, “Kami (Hamas) memuji tangan-tangan pejuang kami yang menghadapi serangan tentera Israel di Shuafat dengan peluru, dan kami memberi jaminan kepada tentera Israel bahawa semangat perjuangan Uday At-Tamimi akan sentiasa menghantui mereka di mana-mana tanah yang kami duduki, dan setiap perjuangan kami sentiasa bergerak ke arah matlamat kami”.

Beliau turut menyampaikan rasa bangganya terhadap rakyat Palestin yang menunjukkan perpaduan, terutama sokongan terhadap keluarga para syuhada dan keluarga yang menghadapi kemusnahan rumah akibat pencerobohan penjajah.

Hamadeh menyeru negara Arab dan negara Islam untuk terus menyokong keteguhan rakyat Palestin di Baitul Maqdis serta seluruh Palestin yang menjadi wakil umat Islam untuk melindungi Masjid Al-Aqsa yang diberkati daripada diceroboh dan dicemari.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,549,707
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....