000000
X
PALESTIN
Netanyahu: Rakyat Palestin Tidak Dibenarkan Membuat Pembinaan di Kawasan C
Oleh: Rusydan Yusup
25 Januari 2023 | 1.37 tengahari
  Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata kerajaannya akan memerangi pembinaan yang dilakukan rakyat Palestin di Kawasan C Tebing Barat.

"Kami nyatakan dengan janji jelas untuk mengubah dasar dan memerangi pembinaan haram Palestin," kata Netanyahu, semasa mempengerusikan mesyuarat blok Likud.

Hal ini tidak bermakna kami akan membenarkan pembinaan haram Israel. Terdapat perjanjian komprehensif mengenai dua perkara ini.

Beliau menegaskan bahawa konsensus ini "membatalkan" harapan pihak lawan politiknya untuk membubarkan kerajaan campuran.

Jumaat lalu, tentera Israel mengosongkan pos paling hadapan petempatan Ur Haim, kurang 24 jam selepas penubuhannya.

Sebagai tindak balas, Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, mengumumkan bahawa beliau akan menuntut pemindahan (pengusiran) segera bandar Palestin Khan Al-Ahmar.

Rancangan untuk memindahkan secara paksa penduduk kampung Badwi Al-Khan Al-Ahmar adalah sebahagian daripada projek untuk melaksanakan peyahudian Baitul Maqdis dan menyelesaikan pengasingannya dari Tebing Barat.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,548,796
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....