000000
X
PALESTIN
Israel Guna Peluru Getah, Tiga Rakyat Palestin Cedera
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
14 Mei 2022 | 11.53 PM
QALQILIA - Sekurang-kurangnya tiga pemuda Palestin cedera hari ini akibat ditembak peluru getah tentera rejim Israel semasa pertempuran yang berlaku di kampung Kafr Qaddoum di timur Qalqilia. Kejadian itu dilaporkan seorang saksi.

Sumber memberitahu WAFA bahawa pertempuran tercetus berikutan serbuan tentera Israel ke perkampungan Kafr Qaddoum, di mana tentera melepaskan peluru getah, bom tangan dan gas pemedih mata ke arah penduduk kampung.

Tentera rejim menembak dan mencederakan tiga pemuda manakala puluhan yang lain sesak nafas akibat terhidu gas pemedih mata.

Menurut pusat maklumat Israel untuk hak asasi manusia di wilayah yang terjajah, B'Tselem "Kawalan Israel adalah perkara biasa dalam kehidupan semua rakyat Palestin di Wilayah yang terjajah, tertakluk kepada rutin harian keganasan negara haram Israel secara tersirat atau terang-terangan".

"Penjajahan Israel secara sistematik terhadap rakyat Palestin akan dirangka dalam konteks yang lebih kejam dari rejim apartheid iaitu penindasan dan penguasaan kaum Yahudi secara sistematik ke atas rakyat Palestin, seperti yang termaktub di bawah Perkara 7(2)(h) Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Konvensyen Apartheid 1973", kata pertubuhan hak asasi manusia Palestin yang berpangkalan di Ramallah, Al-Haq. - WAFA
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,550,335
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....