000000
X
PALESTIN
Israel Tutup Bandar Jenin, Sekat Pergerakan Barang
Oleh: Rusydan Yusup
25 November 2022 | 12.35 tengahari
JENIN | Tentera Israel mengenakan penutupan ke atas bandar Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Khamis, menghalang pergerakan barangan dan komoditi “sehingga diberitahu kelak”, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Sumber keselamatan Palestin telah dipetik sebagai berkata bahawa tentera penjajah Israel menutup pusat pemeriksaan tentera Al-Jalama dan Salem menuju ke Jenin di kedua-dua arah.

Sumber tersebut menyatakan bahawa pergerakan barangan dan komoditi turut disekat; Pekerja Palestin tidak dibenarkan berpindah dari Jenin ke wilayah Israel dan tiada kemasukan ke bandar itu dibenarkan.

Tindakan itu dibuat di tengah-tengah ketegangan yang disaksikan di Jenin sejak beberapa tempoh kebelakangan ini, terutamanya sejak seorang lelaki Palestin yang bersenjata menahan mayat seorang pemuda Israel dua hari lalu selepas dia terbunuh dalam kemalangan jalan raya, dengan mengandaikan bahawa dia ialah seorang tentera Israel.

Media Israel mengesahkan mayat pemuda itu diserahkan kepada Pentadbiran Awam Israel selepas rundingan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Palestin dan dikelolakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Terdahulu, stesen radio rasmi Palestin melaporkan bahawa lelaki bersenjata Palestin menahan mayat pemuda itu di kem pelarian Jenin, menuntut "pembebasan mayat syahid" dipegang oleh Israel.

Menahan jenazah rakyat Palestin merupakan tindakan yang sering dilakukan oleh tentera Israel, menyebabkan ramai rakyat Palestin terutama keluarga jenazah menunjukkan reaksi kemarahan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,623,420
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....