000000
X
PALESTIN
Projek Bina 7,000 Rumah Atas Tanah Rizab Palestin Lulus
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
24 November 2022 | 12.00 tengahari
PALESTIN - Mahkamah Tinggi Israel telah memutuskan untuk meluluskan projek peluasan penempatan Efrat di tanah penduduk Palestin, di selatan Baitul Lahm.

Mahkamah rejim penjajah itu, menolak petisyen membantah peluasan penempatan tersebut yang mana akan melibatkan hampir 300 ekar tanah di Khalat Al-Nahla, Kampung Wadi Rahal.

Perancangan peluasan penempatan ini akan membina 7,000 buah rumah Yahudi di kawasan utama pembangunan tanah itu. Tanah yang  sememangnya berstatus rizab itu sepatutnya digunakan untuk pembangunan yang penting dan sangat diperlukan oleh orang Palestin.

Pembangunan penempatan haram yang baru diluluskan ini secara tidak langsung akan membahagikan lagi kawasan Tebing Barat dan memenuhkan satu-satunya kawasan yang tinggal di Baitul Lahm.

Orang Palestin juga akan menghadapi kesukaran untuk mendapat akses laluan di kawasan tersebut. Ini termasuklah mengetatkan permit kemasukan teknologi tertentu, kawalan birokrasi, kawalan militari dan dinding tembok pemisah.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,550,163
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....