000000
X
PALESTIN
Israel meningkatkan kawalan keselamatan akibat letupan bom di Baitulmaqdis
Oleh: Faris Al-Islam Bin Mohd Zalani
23 November 2022 | 3.41 petang
Tentera Israel meningkatkan sekatan ke atas penduduk Palestin di Baitulmaqdis dan Tebing Barat pada awal pagi hari Rabu.

Manakala media Ibrani melaporkan bahawa tentera menutup jalan pada waktu pagi di pusat pemeriksaan tentera Shuafat, utara Baitulmaqdis. Selain itu tentera juga dilaporkan menutup semua stesen bas di bandar tersebut.

Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz membuat keputusan untuk mengetatkan keselamatan setelah mengambil kira penilaian daripada aspek keselamatan. Benny memerintahkan untuk menutup lintasan Gilboa / Salem di utara Jenin sambil mengetatkan langkah keselamatan di pusat pemeriksaan keselamatan yang terletak di Tebing Barat. 

Langkah keselamatan ini dibuat susulan daripada dua peristiwa pengeboman yang berlaku di dua kawasan berasingan sekitar Baitulmaqdis awal pagi hari ini. Letupan ini mengakibatkan seorang pendatang Israel maut dan mencederakan 19 yang lain. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,602,856
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....