000000
X
PALESTIN
Israel Larang Baik Pulih Sistem Audio di Masjid Al-Aqsa
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
20 September 2022 | 11.30 pagi
BAITULMAQDIS - pihak berkuasa rejim penjajah Israel kekal dengan keputusan untuk tidak membenarkan sebarang baikpulih dilakukan ke atas sistem audio dan pendengaran masjid Qibli yang terletak di dalam Masjid Al-Aqsa.

Jabatan Wakaf Islam berkata, lebih dari 60% fungsi bagi sistem audio dan sejumlah besar pembesar suara masjid di bahagian luar dan dalam ini mengalami kerosakan yang serius dan ada yang tidak berfungsi.

Tambahnya lagi, anggota polis rejim penjajah akan menghalang segala tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Wakaf Islam untuk menukar ganti fon kepala yang rosak. Ini menunjukkan bahawa hak dan keperluan asas kami tidak boleh di amalkan.

Akibat dari tindakan Israel ini, menyebabkan aktiviti ibadah dan aktiviti menghidupkan syiar-syiar Islam dalam masjid Al-Aqsa tidak dapat dilakukan dengan baik.

Jabatan Wakaf Islam mengesahkan bahwa segala pembinaan semula, kerja penyelenggaraan untuk Masjid Al-Aqsa adalah sebahagian penting dari tanggungjawab mereka. Campur tangan anggota polis rejim penjajah adalah satu kesalahan terang-terangan yang dilakukan secara paksa. Jabatan Wakaf menghubungi pihak terlibat untuk menggesa agar menghentikan dasar campur tangan yang tidak adil dalam urusan masjid Al-Aqsa dan urusan Jabatan Wakaf Islam.

X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,548,254
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....