000000
X
PALESTIN
Israel Halang Import Ubi Dari Gaza
Oleh: Rusydan Yusup
19 September 2022 | 11.07 Petang
PALESTIN - Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Oded Forer telah menolak pengimportan ubi keledek dari Gaza, 

walaupun permintaan telah dibuat oleh Rabbi Yaakov Litzman, lapor Miyazaki Live News Israel pada Ahad.

Berikutan kekurangan ubi keledek di Israel, Litzman, bekas MK dan ketua parti ultra-Ortodoks United Torah Judaism, merayu kepada Forer untuk membenarkan pengimportan ubi keledek dari Semenanjung Gaza yang terkepung.

“Dasar yang saya gariskan sejak awal penggal saya di Kementerian Pertanian adalah untuk tidak mengimport barangan secara umumnya, dan hasil pertanian khususnya, dari Semenanjung Gaza selain import sedia ada yang diluluskan sebelum saya memegang jawatan, " Forer menulis dalam surat yang dihantar kepada Litzman.

“Dasar ini kekal pada hari ini dan tidak akan berubah sehingga anak lelaki kami (askar Israel yang ditawan di Gaza) dibebaskan,” tambahnya.

Forer berkata ini bukan kali pertama dia menolak pengimportan hasil pertanian dari Semenanjung Gaza, yang berada di bawah kepungan ketat Israel sejak 2007.

“Kira-kira setahun yang lalu, saya menerima permintaan daripada duta Kesatuan Eropah di Israel untuk membenarkan import strawberi dari Semenanjung Gaza,” cerita Forer. “Permintaan ini dijawab secara negatif,” tambahnya sambil menyatakan alasan yang sama.

Forer mengarahkan Direktorat Perkhidmatan Perlindungan Tumbuhan meneliti alternatif lain untuk mengimport sayur-sayuran dan buah-buahan yang bukan berasal dari Semenanjung Gaza.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,624,218
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....