000000
X
PALESTIN
Rombak Buku Teks: Sekolah-Sekolah Baitul Maqdis Bakal Lancarkan Mogok
Oleh: Rusydan Yusup
19 September 2022 | 10.42 Petang
PALESTIN - Sekolah-sekolah Palestin di Baitul Maqdis Timur yang dijajah dijadual melancarkan mogok sehari pada hari Isnin, sebagai membantah percubaan rejim Israel untuk merombak buku teksnya, lapor agensi berita rasmi Palestin WAFA.

Wartawan WAFA berkata Pasukan Kebangsaan dan Islam Palestin (PNIF) di Baitul Maqdis yang merupakan gabungan kumpulan politik Palestin, telah mengeluarkan kenyataan menggesa mogok umum di sekolah-sekolah Palestin di Baitul Maqdis Timur pada hari Isnin untuk mengesahkan hak kanak-kanak Palestin untuk diajar kurikulum Palestin, bukan kurikulum Israel.

PNIF menyeru institusi antarabangsa untuk memikul tanggungjawab mereka dan menekan rejim Israel serta badan eksekutifnya supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal sekolah Palestin di Baitul Maqdis yang dijajah.

Pada hari Sabtu, ibu bapa dan pelajar Palestin mengadakan bantahan di beberapa kawasan kejiranan di bandar itu, terhadap percubaan pihak berkuasa rejim Israel untuk menghalang sekolah daripada mengajar buku teks rasmi Palestin dan sebaliknya menggunakan buku teks yang telah diputar belitkan fakta keluaran Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,622,261
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....