000000
X
PALESTIN
Tentera Zionis Tangkap 15 Orang Palestin di Selatan Tebing Barat
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
19 September 2022 | 11.30 pagi
KHALIL - Rejim penjajah Israel telah melancarkan beberapa siri serbuan dan penangkapan di bandar itu pada selatan Tebing Barat yang terjajah, melibatkan 15 orang Palestin termasuk seorang kanak-kanak.

Sumber tempatan melaporkan, penangkapan ini berlaku kebanyakannya di bandar kecil Seir, Syuyukh, dan Bait Ammar di bahagian  Selatan dan juga dalam kem Al-Aroub yang terletak di utara, dan pusat bandar Khalil.

Anggota rejim penjajah Israel hampir setiap hari melakukan serbuan dan penangkapan di Tebing Barat dan Baitulmaqdis, dan kemudian mereka memindahkan tahanan ke pusat tahanan di kawasan yang terjajah, sebelum membawa mereka untuk disoal siasat di pusat penyiasatan atau penjara.

Jumlah tahanan dan banduan dalam penjara Israel setakat akhir bulan Ogos 2022, adalah seramai 4,650 banduan termasuk kanak-kanak, wanita, tahanan politik dan lain-lain menurut satu badan prihatin tentang hal ehwal banduan dan tahanan Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,624,699
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....