berita terkini palestin


Zionis Menembak Mati Pemandu Warga Palestin, Mencederakan Keluarga Pemandu

Imej


1 November 2017 - Tentera Zionis Israel menembak mati pemandu warga Palestin dan mencederakan kakaknya semasa mereka berdua melalui jalan berhampiran penempatan haram di Halamish, Tebing Barat.

Tentera Zionis Israel beranggapan bahawa serangan yang dilakukan ke atas warga Palestin adalah kerana kereta tersebut cuba untuk melakukan serangan.

Walau bagaimanapun, saksi menekankan bahawa pemandu tersebut berjalan melalui jalan yang biasa dilalui oleh pemandu dan tidak membawa apa-apa barang yang mencurigakan.

menurut saksi, ambulans Palestinian Red Crescent dapat membawa kakak pemandu tersebut ke hospital. Sumber kesihatan palestin menyatakan bahawa beliau ditembak di bahu dan kesihatannya dalam keadaan yang stabil.

Sementara itu, saksi menyatakan bahawa pemandu tersebut dibawa oleh tentera Zionis Israel di tempat yang tidak diketahui.

Beberapa ketika selepas itu, Zionis Israel mengumumkan bahawa pemandu tersebut dibawa ke hospital Israel tetapi meninggal sejurus memasuki hospital.

Sumber warga Palestin mengenalpasti pemandu tersebut ada;ah Mohamed Musa, 26 dan kakaknya, Latifah Musa, 33.

Beberapa hari lalu, tentera Zionis Israel melancarkan tembakan rambang ke kereta warga Palestin di jalan yang sama, mendakwa bahawa pemandu kereta tersebut membawa barang yang mencurigakan, tetapi Zionis Israel menipu dengan mengatakan kereta tersebut bertembung dan tidak menghadapi sebarang serangan.

#denganjiwa
#dengandarahkami
#jommenyumbang
#AmanPalestin

Sumber: AMAN PALESTIN   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |