berita terkini palestin


TENTERA ZIONIS YAHUDI MENCULIK PELAJAR WANITA PALESTIN BERUMUR 14 TAHUN

Imej


26 September 2017 - Tentera Zionis Yahudi menyerbu beberapa kawasan di Tebing Barat dan Jerusalem menjelang waktu subuh Isnin yang lalu, menyerang warga Palestin serta menculik 3 orang warga Palestin termasuk remaja wanita berumur 14 tahun.

Palestinian Authority (PA) Wafa news Agency melaporkan bahawa Tentera Zionis menculik remaja wanita 14 tahun daripada bandar Anata, utara Jerusalem, Tebing Barat kerana "disyaki merancang untuk melakukan serangan.”

Wafa menyatakan bahawa 3 tahanan tersebut ditahan di bandar Silwan, Jerusalem. Di antara tahanan tersebut adalah dua beradik, berumur 18 dan 20 tahun, seorang lagi tidak dikenalpasti tempat asalnya.

Sementara itu di selatan Tebing Barat di Bethlehem, Zionis Yahudi menyerbu beberapa rumah di kem pelarian Al-Duheisha dan memberikan amaran untuk menutup kedai buku di kem pelarian tersebut dalam masa tiga bulan.

Menurut Wafa, pertempuran berlaku semasa serbuan tersebut di antara penduduk tempatan dengan Zionis Yahudi, menggunakan gas pemedih mata. Tiada penahanan dilaporkan, seorang daripada penduduk kem pelarian cedera akibat serangan yang dilakukan oleh tentera Zionis Yahudi dan telah dibawa ke hospital.

Di Tulkarem pula, pertempuran berlaku selepas serbuan yang dilakukan oleh Zionis Yahudi ke atas kawasan asrama pelajar wanita di Khadouri Technical University.

Wafa melaporkan bahawa Zionis Yahudi menggeledah dan mencari pintu masuk dorm, sementara kenderaan tentera Zionis Yahudi menutup jalan utama universiti tersebut.

Semasa serbuan dilakukan, pertempuran juga berlaku di kawasan tersebut di antara pelajar dengan Zionis Yahudi menggunakan gas pemedih mata, menyebabkan beberapa di antara mereka dimasukkan ke hospital kerana terhirup gas pemedih mata tersebut.

Sebuah kereta juga dibakar setelah ia merempuh mesin penyembur gas dan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta tersebut.

#denganjiwa
#dengandarahkami
#selamatkanalaqsa
#AmanPalestin

Sumber: AMAN PALESTIN   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |