berita terkini palestin


Sekolah Quran Malaysia Telah Mula Beroperasi.

Imej


7 September 2017 - Sekolah Quran Malaysia yang terletak di Semenanjung Gaza, Palestin telah mula beroperasi.

Sekolah Tahfiz yang telah ditaja sepenuhnya oleh Aman Palestin Berhad hasil sumbangan rakyat Malaysia telah mula beroperasi untuk menjalankan sistem pembelajaran dan pengajaran.

Kos pembinaan sekolah ini sebanyak 1.2 Juta USD. Seramai 50 orang pelajar telah didaftarkan di sekolah ini dan dijangkakan akan bertambah dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan sehingga terbinanya sebuah medan ilmu yang akan melahirkan para pelajar yang hafaz Al-Quran.

Semoga Allah memberikan ganjaran pahala kebaikan dan dimurahkan rezeki.

Terima kasih Malaysia!

#AmanPalestin
#BantuanSampai

Sumber: AMAN PALESTIN   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |