berita terkini palestin


RAKYAT PALESTIN MENUTUP KEDAI MEREKA BERIKUTAN CUKAI YANG AMAT TINGGI

Imej


16 Ogos 2017 - Pada Selasa yang lalu, pemungut cukai telah menyerbu kedai-kedai di jalan Al-Wad dan tentera Zionis Yahudi telah berjaya mengawal kawasan Bab Khan Al-Zeit di bandar Baitulmaqdis (Jerusalem).

Sumber di bandar Baitulmaqdis menyatakan bahawa pemungut cukai dan Rejim Zionis Yahudi memaksa peniaga-peniaga untuk membayar cukai dengan nilai yang tinggi. Apabila peniaga-peniaga tidak dapat membayar cukai yang tinggi, Rejim Zionis Yahudi memaksa mereka untuk menutup kedai mereka.

Menurut Ziad Al-Hammouri, Pengarah Hak Sosial dan Ekonomi Baitulmaqdis, sekurang-kurangnya 25 peratus daripada 1,000 kedai yang dikendalikan oleh rakyat Palestin terpaksa ditutup beberapa tahun kebelakangan ini kerana jumlah cukai yang perlu dibayar terlalu tinggi.

Tekanan semakin meningkat di Baitulmaqdis sejak berlakunya demonstrasi bantahan di sekitar Masjid Al-Aqsa bermula pada tengah bulan yang lalu. Kini, peniaga yang membuka kedai mereka di Baitulmaqdis didenda sehingga $1,400 dan dipukul oleh tentera Zionis Yahudi sehingga mereka menutup kedai mereka.

#denganjiwakami
#dengandarahkami
#selamatkanalaqsa
#amanpalestin

Sumber: DOP   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |