berita terkini palestin


ADAKAH ISRAEL MENCURI DOKUMENT'PENTING' DARIPADA MASJID AL-AQSA?

Imej


1 Ogos 2017 - Pengarah Pusat Antarabangsa baitulMaqdis (Jerusalem International Center), Hassan Kather, memberi amaran di dalam kenyataan media "real Disaster of Jerusalem" selepas Zionis Yahudi mencuri dokumen penting daripada Masjid Al-Aqsa oleh penjajah di sana semasa rakyat Palestin dihalang untuk memasuki Masjid Al-Aqsa.
Dokumen penting yang dicuri tersebut adalah berkaitan dengan dokumen hartanah sah Jabatan Al-Awqaf, yang menunjukkan 90% bandar tersebut yang terdiri daripada hak milik, tanah dan catatan dana.
Pengarah Pusat Antarabangsa baitulMaqdis memberikan pandangan bahawa Zionis Yahudi kemungkinan akan memanipulasi dokumen tersebut yang dicuri untuk memusnahkan Al-Awqaf.
Isi kandungan dokumen itu terdapat butiran dan rahsia-rahsia Al-Awqaf serta tandatangan mereka. jatuhnya dokumen tersebut ke tangan Zionis Yahudi akan membolehkan Tel Aviv mendapatkan tandatangan, mengetahui pihak yang memberi kuasa dan mengetahui cara untuk memindahkan hak milik Al-Waqf. Kesannya, maklumat tersebut akan berisiko untuk didedahkan seperti agensi Palestin "Ma'an".

#denganjiwa
#dengandarahkami
#selamatkanalaqsa
#amanpalestin

Sumber: Sumber: Al-Arabiya   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)
 |  
 |